Read Time:23 Second
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di negara ini itu adalah buat kali keenam berturut-turut sejak Julai tahun lalu dan sejajar dengan jangkaan pasaran.
“Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan,” kata BNM dalam satu kenyataan.