HomeUtamaKGKS terima geran PHEKS terbesar berjumlah RM56,000

KGKS terima geran PHEKS terbesar berjumlah RM56,000

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menerima lapan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) berjumlah RM56,000.00 dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Geran itu telah diserahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad kepada Pengerusi KGKS, Murkam Hussien pada majlis penyerahan yang diadakan di Hotel Klagan, 1Borneo Kota Kinabalu, Isnin lalu.

KGKS adalah antara 16 buah kesatuan sekerja di negeri ini yang telah menerima Geran PHEKS pada tahun ini.

Menurut Murkam, KGKS juga adalah penerima jumlah geran terbesar PHEKS dan ianya akan diagihkan mengikut lapan cawangan yang berjaya mendapatkan geran itu

Cawangan-cawangan KGKS itu ialah Sandakan, Keningau, Ranau, Beaufort, Kuala Penyu dan Tuaran masing-masing menerima RM5,000, Tenom (RM17,000) dan Sipitang sebanyak RM9000.

“Dengan adanya geran ini KGKS dapat melaksanakan semua program yang dirancang selaras dengan inspirasi Kerajaan Madani” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagi pihak KGKS mengucapkan terima kasih kepada JHEKS yang telah memberikan banyak bantuan dan ruang kepada KGKS untuk terus menjalankan aktiviti kesatuan.

Sementara itu KGKS turut menerima Anugerah Kesatuan Sekerja bagi kategori Sektor Awam/Badan Berkanun sempena Sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyempurnakan majlis itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya ahli-ahli, Ahli Majlis Tertinggi, exco-exco, Presiden CUEPACS Datuk Dr. Adnan Mat, Pengerusi CUEPACS Sabah Ajulahin Japin yang bersama-sama KGKS dalam melaksanakan apa sahaja isu-isu yang berkaitan dengan tuntutan dan sebagainya”, kata Murkam.

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Video terakhir Raisi sebelum helikopter dinaiki terhempas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular