HomeUtamaJENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung tahun...

JENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung tahun ini

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah berharap pemasangan 398 menara telekomunikasi baharu di negeri ini menerusi pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dapat mencapai 60 peratus pada hujung tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, projek itu perlu disegerakan memandangkan hanya 54 menara sahaja baru disiapkan setakat ini.

“Kita berharap penghujung tahun ini, kita mencapai 60 peratus dan ini agak lambat dan kita bersyukur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memberi fokus utama kepada perkara ini dan memastikan bekerjasama dengan kita.

“Kita akan membantu mana yang perlu.  kita bantu misalnya dari segi tanah, dari segi jabatan-jabatan yang berhubung dengan kebenaran melaksanakan JENDELA ini disamping memastikan syarikat berkenaan dapat melaksanakan apa yang telah diamanahkan oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pejabat MCMC Sabah di sini hari ini.

Arifin berkata, MCMC juga komited untuk memastikan semua menara disiapkan bagi memberikan kemudahan komunikasi kepada rakyat. 

Selain itu katanya, perkhidmatan talian komunikasi lain seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), 12 pusat antaranya di daerah Tawau, Kudat, Kota Belud dan Kota Kinabalu telah siap sepenuhnya manakala dia lagi terletak di Ranau dan Keningau lagi dalam pembinaan.

“Sebelum ini ia disebut Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang banyak membantu usahawan diperingkat desa. Kerana kita ada satu tempat yang disediakan dengan kemudahan-kemudahan internet yang bolehbamtu usahawan kampung kita,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, pemasangan unit peranti satelit Starlink juga akan terus diperluaskan di kawasan yang bermasalah. 

Katanya, setakat ini kementeriannya telah memasang sebanyak lebih 200 unit starlink melalui Sabah Net. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular