HomeUtamaLPP komited bantu peladang miliki jentera kecil, sederhana

LPP komited bantu peladang miliki jentera kecil, sederhana

Read Time:1 Minute, 33 Second

Keningau : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited untuk membantu para peladang khususnya di negeri ini bagi memiliki jentera kecil dan sederhana sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) melalui geran padanan pemilikan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, LPP telah membantu 17 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Sabah untuk memiliki jentera kecil dan sederhana.

Katanya, ia melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM500,000 pada tahun lalu. 

“Bagi Rolling Plan Keempat (RP4) RMKe12, LPP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membiayai permohonan daripada 20 PPK di wilayah Sabah.

“Penggunaan teknologi mekanisasi dan jentera dalam sektor pertanian mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh sekali gus memastikan pengeluaran makanan negara tidak terjejas.

“Melalui program Pemilikan Jentera Kecil Dan Sederhana Secara Geran Padanan, LPP menawarkan pembiayaan pembelian jentera dengan nisbah 70:30 iaitu 70 peratus daripada nilai jentera atau peralatan akan dibiaya oleh LPP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peladang di Kampung Panagatan Ulu yang dihadiri kira-kira 120 pesawah, petani dan peladang di sekitar Keningau di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, baki 30 peratus lagi adalah di bawah tanggungan pemohon dengan had pembelian jentera atau peralatan sehingga RM20,000.

Dalam pada itu, Arthur turut menyeru kepada ahli-ahli Peladang yang terlibat bidang pertanian untuk mengambil peluang dan memohon di pejabat Pertubuhan Peladang mengikut bidang usaha masing-masing. 

Secara umum katanya, antara jentera yang boleh dipohon adalah seperti mini jentuai, traktor dua roda, jentanam dan peralatan pertanian kecil yang bersesuaian.

Di majlis tersebut, Arthur turut menyampaikan kelulusan pembelian jentera kecil dan serdahana melalui program geran padanan kepada PPK Keningau dengan nilai jentera dan peralatan berjumlah RM39,000.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP,  Amir Matamin; Pengarah LPP Sabah,  Hadriyani Ahmad dan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Keningau, Alexius@Sius Paulus. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular