HomeUtama26 peserta sertai kursus SDG

26 peserta sertai kursus SDG

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kundasang : Seramai 26 peserta terdiri daripada 11 organisasi menyertai kursus ‘Sustainable Development Goals: The Way Forward, Issues, Challenges & Prospect Of Sustainability Development – Climate Change & Renewal Energy’ 2024.

Program anjuran Taman-Taman Sabah (TTS) yang diadakan selama 11 hari berakhir hari ini telah disempurnakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.

Antara organisasi terlibat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS); Pejabat Hasil Bumi; Pusat Biodiversiti Sabah; Jabatan Pengairan dan Saliran; Lembaga Pelancongan Sabah (STB); Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah; Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Pejabat Daerah Penampang; Pejabah Daerah Ranau; Pejabat Daerah Papar dan Pejabat Daerah Tuaran.

Joniston menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus terlibat

Joniston ketika berucap berkata, pelaksanaan kursus itu adalah penting untuk memastikan pelbagai industri khususnya dalam aspek pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar di Sabah berkembang untuk merangsang pembangunan sosio-ekonomi negeri ini.

“Sepanjang kursus ini, saya difahamkan semua peserta telah mempelajari pengenalan asas kepada bidang ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) dan mendalami 17 Matlamat, 169 sasaran, serta 232 petunjuk di dalam modul SDG yang telah ditetapkan oleh United Nation.

“Selain itu pada peserta  juga telah menjalankan perbincangan mengenai pengurusan impak manusia kepada alam, yang juga merupakan indikator kepada keberkesanan pengurusan alam semulajadi di dunia.

“Aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengurusan mampan seperti pembangunan, pertanian, pengurusan air bersih, pembuangan sisa buangan dan perubahan iklim dunia perlu dilaksana seiring dengan indikator SDG,” katanya.

Joniston yang juga Pengerusi STB berkata, para peserta juga telah didedahkan kepada isu dan cabaran melaksana SDG serta mempelajari keadaan semasa negara membangun dalam konteks SDG terutama sekali di Malaysia, khususnya negeri Sabah. 

Katanya, para peserta turut bertuah kerana berpeluang mempelajari ‘case study’ dari para tenaga pengajar yang telah berkongsi program-program yang telah mereka laksanakan sendiri sekaligus memenuhi kehendak 17 matlamat SDG.

“Proses ‘lesson learned’ ini amat berharga kepada para peserta agar anda mendapat gambaran jelas serta mampu merancang pelaksanaan SDG di negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular