HomeSukanDua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Dua pemain import Sabah FC, Ramon Machado dan Saddil Ramdani berkemungkinan terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas petang esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kedua-dua pemain itu masih belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan selepas perlawanan persahabatan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 baru-baru ini.

Katanya, masih ada tempoh 48 jam untuk melihat secara keseluruhan tahap kecergasan mereka sebelum dapat diturunkan atau sebaliknya.

“Kita tidak akan mengambil risiko berikutan perjalanan Liga Super baru bermula dan dalam masa sama Sabah FC sedang mencorak taktikal lain untuk mengisi kekosongan sekiranya kedua-dua mereka tidak dapat diturunkan petang esok.

“Selain itu, S.Kumaahran juga berada dalam senarai kecederaan manakala Damien Lim sudah pasti terkeluar tidak dapat beraksi kemungkinan selama enam hingga ke lapan minggu. Kita akan lihat perkembangannya, Damien Lim memerlukan masa untuk mendapatkan semula tahap kecergasannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Damien diketepikan untuk tempoh enam hingga kelapan minggu susulan kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) yang dialaminya ketika saingan Sabah Maju Jaya Cup 2024 berdepan Hougang United 29 April lalu.

Ketika mengulas mengenai persiapan Sabah FC menentang Penang FC, Kim Swee berkata ini bukan satu perlawanan mudah memandangkan Penang FC mempunyai jurulatih yang baharu serta beberapa pemain yang sangat berkualiti.

“Penang FC juga bersiap sedia dengan banyak menghadapi perlawanan persahabatan pramusim termasuk tiba dua hari lebih awal ke Kota Kinabalu.

“Ini menunjukkan Penang FC sangat serius dalam menghadapi saingan musim 2024/25. Sabah FC juga sudah bersiap sedia sepenuhnya dalam mengharungi kempen Liga Super ini selepas menjadi juara dalam Piala SMJ lalu,” katanya.

Menurutnya banyak kelemahan dan kekuatan dapat dilihat, disamping cuba memperbaiki beberapa kelemahan sedia ada sekali gus akan mampu mencapai keputusan positif pada perlawanan pertama petang esok.

“Sudah tentu, Sabah FC memerlukan sokongan padu dalam kalangan penontonnya…Ayuh semua datang ke Stadium Likas esok,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular