HomeIsu tempatanPenyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu: Penyertaan julung kali bekas bintang sebuah rancangan realiti Velvet Aduk sebagai finalis berjaya membawa tuah apabola lagu ciptaannya ‘Mungkin ini Bukan Sayang’ dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) musim ke-15.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini malam tadi itu turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Kemenangan lagu itu membolehkan Velvet membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi, sijil serta hadiah iringan lain.

Velvet turut diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik CLAS 15 dan menerima wang tunai RM3,000, trofi dan hadiah iringan.

Velvet menerima hadiah bagi Vokal Terbaik CLAS 15

Dalam pada itu, Velvet ketika ditemuui mengakui tidak menyangka untuk dicalonkan sebagai salah seorang finalis CLAS-15 pada tahun ini.

“Saya sebenarnya tidak tahu lagu ini tercalon dan dimainkan di radio kerana saya juga bekerja didalam bidang radio yang lain.  Bila saya dapat tahu, memang saya akui rasa terkejut.

Persembahan Velvet yang memukau penonton

“Secara peribadi, penganjuran seperti ini sangat bagus dan ia juga merupakan satu langkah untuk menaik taraf artis tempatan untuk lebih dikenali,” katanya.

Sementara itu, bagi kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM3,000 dan trofi menjadi milik Santiana Ramli, melalui lagu Sumpah Setia.

Menanti Akhirnya Malam dendangan  Cearah diumumkan sebagai pemenang lagu Lirik Terbaik juga menerima wang tunai RM3,000, trofi, piala serta sijil dan semua hadiah disampaikan Ruslan.

Manakala sembilan peserta lain masing-masing menerima saguhati wang tunai RM1,000 setiap seorang beserta sijil, trofi serta hadiah iringan yang lain.

Acara anugerah berprestij terbitan Seksyen Hiburan dan Muzik RTM Sabah menampilkan DJ Pyan dan DJ Moon sebagai hos disamping Dayang Noraini dan Joy Bintang RTM 2024 sebagai artis jemputan.

CLAS 15 membuka tirai dengan berkonsepkan ‘Majestic Batik’ menampilkan gabungan ‘Orkestra Angkasapuri serta Kombo RTM Sabah’ mengiringi 10 lagu sekali gus dirakam sepenuhnya sekali gus disiarkan melalui saluran TV2, pada 6 Julai ini jam 9 malam.

CLAS 15 bertujuan memartabatkan industri muzik dengan memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik tempatan Sabah untuk bersaing di peringkat nasional.

Syarikat Jetama Sdn Bhd serta Sabah Oil Gas & Development Sdn Bhd antara penyumbang CLAS 15 kali ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular