HomeSukanSokongan berterusan Kerajaan negeri suntik semangat Sabah FC 

Sokongan berterusan Kerajaan negeri suntik semangat Sabah FC 

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC memerlukan sokongan berterusan Kerajaan Negeri bagi menyuntik semangat pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Super yang bermula petang ini.

Pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid berkata, sokongan itu penting bagi memastikan pasukan Sabah dapat terus memberi saingan dalam Liga Malaysia.

“Bagi pihak pengurusan Sabah FC, kami mengucapkan terima kasih atas komitmen berterusan kerajaan negeri bagi memastikan pasukan ini terus bersaing dalam Liga Malaysia.

“Sudah tentu sokongan kerajaan negeri ini akan menyuntik semangat Sabah FC bagi memastikan pencapaian serta sasaran yang ditetapkan akan dapat diterjemahkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasminya di Sri Gaya di sini semalam.

Kunjungan itu diketuai, Timbalan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Awang Kadin Tang dan Naib Presidennya, Datuk Alijus Sipil.

Dalam pertemuan singkat ini, Mohd Joh turut memaklumkan berkaitan perjalanan menjelang sepak mula Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas petang ini.

Katanya, ini termasuk persiapan akhir Sabah FC dalam menyediakan pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super 2024/2025.

Dalam kunjungan itu, Mohd Joh turut memyampaikan jersi ‘Home’ Sabah FC bagi musim 2024/25 yang diberi nama ‘Tagap’ kepada Hajiji. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular