HomeSukanSabah negeri pertama guna sistem 'Goal Sport VAR System'

Sabah negeri pertama guna sistem ‘Goal Sport VAR System’

Read Time:1 Minute, 56 Second

Kota Kinabalu : Sabah menjadi negeri pertama melabur untuk memasang sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) iaitu ‘Goal Sport VAR System’ di Stadium Likas selepas pasukan Sabah FC layak ke saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata, bagaimanapun sistem itu dijangka hanya akan dapat dilaksanakan selepas Jun depan setelah pengadil diberi latihan.

Selain sistem itu katanya, MFL turut mengguna pakai satu lagi sistem lain iaitu  Sistem Keterlihatan Dipertingkat (EVS) bagi meningkatkan lagi mutu pengadilan perlawanan dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Bagi perlawanan Sabah FC menentang Penang FC di Stadium Likas, yang dijadual bermula petang ini, Ramalingam berkata, MFL menggunakan Sistem EVS yang dibawa dari Semenanjung.

“Sistem (VAR) yang digunakan hari ini adalah sistem yang dibawa dari Semenanjung iaitu EVS yang digunakan oleh MFL ketika ini.

“GOAL System dalam stadium mungkin digunakan dalam perlawanan hadapan selepas bulan Jun, sebab kita perlu adakan latihan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat MFL dan Lembaga Sukan Sabah, di sini, hari ini.

Ramalingam berkata, bagi penggunaan sistem EVS di Semenanjung, pihak MFL menggunakan empat trak mudah alih untuk membawa kelengkapan ke stadium yang menjadi venue Liga Malaysia musim ini.

Katanya,  MFL membawa unit sistem itu dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak yang dipasang secara kekal di Stadium Likas dan di Kuching untuk digunakan apabila ada perlawanan Liga Malaysia.

“Kita bernasib baik sebenarnya atas pelaburan yang dibuat oleh kerajaan Sabah dalam pembelian dan juga penyiapan sistem VAR di peringkat tempatan.

“Kami berharap perkara ini dilihat secara positif disebabkan dalam kelayakan Sabah ke kejohanan Piala AFC yang lalu menunjukkan banyak penambahbaikan di peringkat tempatan dari segi fasiliti dalam stadium, ruang penonton dan juga skrin gergasi.

“Dengan adanya sistem VAR di Stadium Likas, ia adalah dua sistem berbeza yang digunakan dalam Liga Malaysia kalau kita dapat kelulusan sistem VAR yang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya bermesyuarat bersama pegawai Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Kuala Lumpur pada April lalu mengenai penggunaan dua sistem VAR itu dalam Liga Malaysia.

Katanya, mesyuarat itu turut disertai pengendali sistem berkenaan dari Republik Czech dan kebenaran diberi secara dasar daripada FIFA untuk menggunakan dua sistem ini dalam Liga Malaysia.

Namun katanya, memandangkan sistem itu masih baharu, pengadil bola sepak di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan sistem berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular