HomeUtamaPenunggang, pembonceng motosikal maut akibat elak tayar gantian lori tertanggal di tengah...

Penunggang, pembonceng motosikal maut akibat elak tayar gantian lori tertanggal di tengah jalan raya

Read Time:1 Minute, 21 Second

PENAMPANG: Dua lelaki berusia 27 dan 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas lalu masuk ke dalam longkang akibat mengelak sebiji tayar gantian milik sebuah lori yang tiba-tiba tertanggal di tengah jalan di Kilometer 7, Jalan Penampang ke Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir mengesahkan telah menerima satu maklumat awam mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori komersial dan dua buah motosikal yang bergerak dari arah yang sama di KM 7, Jalan Penampang ke Kota Kinabalu berhampiran bulatan Towering, Penampang pada jam 6.30 pagi tadi (12 Mei).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada tayar gantian milik lori komersial yang sedang dipandu ke destinasinya telah tertanggal di tengah jalan lalu dilanggar oleh sebuah motosikal dan sebuah motosikal yang lain cuba mengelak kemalangan tersebut telah terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

“Akibat daripada kejadian tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabas di dalam longkang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala terdapat empat lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

RELATED ARTICLES
Utama

24 sambungan paip haram di Kg Suang Parai, Kg Brunei dipotong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular