HomeSukanSabah FC catat keputusan seri di laman sendiri

Sabah FC catat keputusan seri di laman sendiri

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC memulakan aksi pembuka tirai Liga Super 2024-2025 dengan mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Penang FC di Stadium Likas di sini petang tadi.

Keputusan seri 0-0 itu membolehkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee hanya mengutip satu mata biarpun terpaksa berhempas pulas sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu pada perlawanan itu, pasukan pelawat lebih banyak menguasai perlawanan pada aksi separuh masa pertama apabila cuba untuk mendapatkan gol awal.

Sabah FC turut melakukan serangan balas bagi membolehkan pasukan tuan rumah mendahului perlawanan bagaimanapun beberapa percubaan yang dilakukan berjaya dipatahkan pertahanan Penang FC.

Penyerang tuan rumah Darren Lok hampir mendapatkan gol pertama Sabah FC selepas cuba menanduk masuk bola namun tersasar ke tepi gawang Penang FC pada minit ke-26.

Sabah sekali lagi berpeluang untuk mendapatkan gol pertama menerusi percubaan pemain import Saddil Ramdani pada minit ke 31 namun sepakannya melewati palang pasukan pelawat.

Pada aksi ini, sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) tidak dapat digunakan atas faktor teknikal.

Pasukan pelawat tidak berputus asa dan terus mencari gol awal menerusi percuban Mohammad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-38 bagaimanapun sepakanya terus kedakapan penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Sabah terus cuba untuk mendapatkan gol pertama menerusi percubaan Gabriel Peres pada minit ke-48 namun tandukannya tersasar keluar.

Sabah FC yang beraksi dihadapan lebih 3,700 penonton terus buntu untuk mendapatkan gol pertama.

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan. – SABAH MEDIA / FOTO MFL

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular