HomeUtamaSPR dicadang pertimbang guna kaedah undi pos untuk rakyat Sabah di Semenanjung

SPR dicadang pertimbang guna kaedah undi pos untuk rakyat Sabah di Semenanjung

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta untuk mempertimbangkan agar rakyat negeri Sabah yang berada di Semenanjung dapat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menggunakan kaedah undi pos.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata, langkah dan usaha dilihat perlu khususnya dalam mengurangkan kos perbelanjaan rakyat negeri itu yang terpaksa pulang ke negeri asal.

“Kita diperingkat Kerajaan negeri sememangnya mempunyai hasrat untuk membawa balik warga Sabah ke negeri Sabah apabila kita mengadakan PRN.

“Namun demikian kita telah mencadangkan kepada SPR supaya bukan saja penjawat awam yang berada di Semenanjung boleh melakukan undi pos, namun kita juga mahu mencadangkan kepada SPR agar rakyat biasa juga dapat mengundi secara pos,” katanya.

@sabahmediaofficial

SPR dicadang pertimbang guna kaedah undi pos untuk rakyat Sabah di Semenanjung

♬ original sound – sabahmediaofficial – sabahmediaofficial

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pejabat Perhubungan Negeri Sabah bersama Warga Sabah di Semenanjung di sini hari ini bagi mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Ruslan berkata, perbelanjaan yang tinggi termasuk pembelian tiket penerbangan yang mahal dilihat menjadi antara faktor kurangnya keinginan rakyat untuk membuang undi pada PRN.

“Saya lihat ini adalah salah satu langkah atau usaha yang kita lihat boleh mengurangkan kos berbanding kita membiayai mereka balik ke Sabah dan bayangkan jika ada 300,000 orang Sabah di Semenanjung dan bekerja di sektor perkilangan, sudah tentu kilang berkenaan tidak akan dapat beroperasi.

“Ini antara yang perlu kita lihat dan mencadangkan agar SPR dapat mempertimbangkan kaedah ini, dan bagi saya ia adalah pendekatan yang lebih dekat dihati kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular