HomeIsu tempatanOHSC UMS anjur program kesedaran kerintangan antimikrobial

OHSC UMS anjur program kesedaran kerintangan antimikrobial

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu: One Health Student Club (OHSC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan program kesedaran Kerintangan Antimikrobial (AMR) bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Bawang, Tamparuli, baru-baru ini.

Program kesedaran kerintangan antimikrobial yang dinamakan Empowering Rural Primary Students Mind Regarding Antimicrobial Resistance (AMR) Control through Interactive Water Sanitation Hygiene (WASH) Education” merupakan satu usaha bersama antara OHSC UMS dan Southeast Asian One Health University Network (SEAOHUN), Malaysia One Health University Network (MyOHUN).

Menurut Penasihat OHSC, Dr. Zulkhairul Naim Sidek Ahmad, program tersebut bertujuan mempromosikan kesedaran dan pemahaman mengenai konsep ‘One Health’ serta kesihatan manusia, haiwan, dan alam sekitar dalam bidang penyakit kerintangan terhadap antimikrobial.

Katanya, untuk memastikan program yang berkonsepkan kerintangan antimikrobial ini berlangsung secara menyeronokkan dan mudah difahami, tentatif program diisi dengan aktiviti seperti pertandingan membuat poster Superbug Art Attack, Germ Tag dan Glitter Germ yang memberi gambaran mudah kepada pelajar berkenaan penularan mikrob dan cara sanitasi yang baik.

“Para pelajar juga diberi peluang untuk menyaksikan sendiri sampel-sampel bakteria secara terus melalui mikroskop dengan bimbingan daripada fasilitator yang berpengalaman.

“Seramai 55 orang pelajar Tahap 2 dari SK Bawang, Tamparuli, Sabah yang sebahagian besarnya berasal dari kawasan pedalaman ini telah memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.

Majlis perasmian penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Bawang Norjaip Daip.

Berucap pada perasmian tersebut, Norjaip menegaskan bahawa isu kerintangan antimikrobial ini sememangnya harus disemat dan difahami dengan baik oleh anak-anak muda seawal bangku sekolah lagi.

“Komitmen penuh sekolah ini dalam membantu menjayakan program sepanjang dua hari ini menjadi simbolik bahawa kesedaran terhadap kerintangan antimikrobial dan sanitasi yang baik perlu disebarkan dan dihayati oleh seluruh komuniti,” katanya.

Salah seorang murid, Mohamad Razmi Rino berkata, beliau dan rakan-rakan amat seronok dengan perkongsian dan ilmu baharu yang dipelajari dalam program tersebut termasuk cara mencuci tangan dan cara pengambilan ubat antibiotik yang betul.

Hadir sama, Penolong Kanan Pentadbiran SK Bawang, Georgena Sipan Manson dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bawang, Cornee Malek. SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular