HomeUtamaTinjauan di MBCA, teroka khazanah alam tersembunyi - Ghulam

Tinjauan di MBCA, teroka khazanah alam tersembunyi – Ghulam

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Tinjauan Sumber dan Hidupan Liar Lembangan Maliau sedang dilaksanakan bagi memantapkan lagi usaha pemeliharaan sumber hutan di Sabah.

Tinjauan penting itu bermula dari 13 hingga 26 Mei 2024 meliputi kawasan yang luas dan bakal meneroka khazanah alam tersembunyi di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (MBCA).

MBCA adalah kawasan yang terkenal dengan hutan hujan asli dan kepelbagaian biologi yang menakjubkan.

Keunikan landskap yang belum diterokai sepenuhnya telah menyumbang kepada gelarannya sebagai Sabah’s Lost World.

Menurut Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar, Kumpulan Yayasan Sabah kini sedang merangka Pelan Pengurusan Strategik MBCA yang ketiga.

Oleh itu, katanya, tinjauan sumber dan hidupan liar yang meluas sedang dijalankan untuk mengumpul maklumat terkini tentang biodiversiti flora, fauna dan spesies haiwan di MBCA dan kawasan sekitarnya.

”Objektif utama tinjauan ini bersasarkan pengumpulan data untuk penyediaan Pelan Pengurusan Strategik MBCA, pendokumentasian kepelbagaian dan pengedaran hidupan liar, menilai potensi pembangunan pelancongan, dan mengenal pasti topik penyelidikan untuk kajian masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai lebih dari 100 orang peserta, termasuk penyelidik terkemuka, agensi kerajaan, dan staf sokongan menyertai tinjauan ini. Kami berhasrat untuk melakukan tinjauan menyeluruh bagi mencapai semua objektif kajian.

“Sebanyak sembilan buah lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan tinjauan ini, dengan peserta ditempatkan secara komprehensif untuk memaksimumkan liputan radius seluas 5 kilometer setiap lokasi,” katanya.

Menurutnya lagi, tinjauan ini diterajui oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, dengan Jawatankuasa Penganjur yang terdiri dari Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-Taman Sabah, HUTAN-KOCP, WWF-Malaysia, Sabah Environmental Trust, Sabah Tourist Guides Association serta Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi MARA.

“Tinjauan ini merupakan yang kedua, berikutan tinjauan awal yang telah dijalankan pada tahun 2013.

“Apabila tinjauan berakhir, satu seminar akan diadakan untuk membentangkan segala penemuan tinjauan,” jelasnya.

Ghulam turut memaklumkan inisiatif ini akan berakhir dengan laporan komprehensif, yang bakal memperincikan penemuan untuk disertakan dalam penggubalan Pelan Pengurusan Strategik MBCA.

“Kami juga berhasrat untuk menyemak pelan pengurusan sedia ada dan meneroka metodologi baharu dengan teliti. Ini akan dicapai melalui pendekatan kolaboratif, memastikan pelbagai perspektif diambil kira untuk memberi manfaat kepada alam dan kemanusiaan,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Sabah: Isu Ketelusan dan Kebimbangan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular