Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di lapan lokasi termasuk di Sabah esok.
Antara lokasi yang terlibat adalah di Masjid Kg. Tinosa 2, Sandakan (TINOSA 2), Sandakan; Masjid Raudhah, Lahad Datu dan Pejabat FAMA Daerah, Lahad Datu.
Lokasi lain adalah di Miri Central Park, Miri; Lutong di Sarawak; Langgura Baron Resort, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah;:Jeti Kargo, Jabatan Laut, Pulau Tioman, Pahang dan Pusat Latihan Polis, Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah
“Dimaklumkan bahawa MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren SAATNM pada 15 Mei 2024 iaitu esok melihatkan beberapa lokasi.
“Antaranya di Masjid Kg. Tinosa 2, Sandakan (TINOSA 2), Sandakan bermula jam 9 hingga 11 pagi ; Masjid Raudhah, Lahad Datu bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan Miri Central Park, Miri, Sarawak jam 9 hingga 11 pagi.
“Selain itu, ujian turut dilaksanakan di Lutong Sarawak bermula jam 9 hingga 11 pagi; Langgura Baron Resort, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah (bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari); Jeti Kargo, Jabatan Laut, Pulau Tioman, Pahang (bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari); Pusat Latihan Polis, Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah (Jam 12 tengah hari hingga 2 petang) dan Pejabat FAMA Daerah, Lahad Datu, bermula jam 2 hingga 4 petang,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.
MetMalaysia turut menasihati penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya. – SABAH MEDIA