HomeUtamaSuami isteri ditangkap miliki syabu seberat 466.07g

Suami isteri ditangkap miliki syabu seberat 466.07g

Read Time:55 Second

PENAMPANG: Sepasang suami isteri ditangkap bersama dadah jenis syabu seberat 466.07 gram (g) dianggarkan bernilai RM16,000.00 dalam dua operasi berbeza di Putatan baru-baru ini.

Operasi tersebut dikendalikan oleh Pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, hasil daripada tangkapan pertama seorang lelaki, 41 tahun telah berjaya membawa kepada tangkapan kedua iaitu seorang wanita, 34 tahun dan menjumpai satu peket plastik lutsinar yang telah disembunyikan berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 466.07 gram.

“Manakala hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua- dua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Erwansyah, kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali dan kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis menyarankan masyarakat supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular