HomeUtamaWarga emas lelaki maut kereta dipandu terbabas

Warga emas lelaki maut kereta dipandu terbabas

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sendiri menyebabkan pelanggaran tiga buah kenderaan lain dalam kejadian di Iramanis, Jalan Lintas dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.03 petang sebuah Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan, 60-an dari arah Luyang menghala ke Tuaran telah terbabas sendiri dari lorong tengah ke lorong pusingan-U di lokasi kejadian.

“Ekoran dari itu, pemandu Toyota Avanza telah melanggar sebuah Toyota Hilux dibahagian sisi kiri dan seterusnya melanggar bahagian belakang kiri sebuah lori Isuzu yang berada dihadapan menyebabkan lori tersebut tersorong dan melanggar sebuah Toyota Lexus yang berada dihadapannya.

“Pemandu Toyota Avanza disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang turut berada di lokasi kemalangan pada jam 2.28 petang.

“Manakala pemandu ketiga-tiga kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk proses pengecaman dan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua kenderaan yang terlibat ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular