HomeIsu tempatanTiga kompaun dikeluarkan ke atas premis hiburan langgar peraturan

Tiga kompaun dikeluarkan ke atas premis hiburan langgar peraturan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mengeluarkan sebanyak tiga kompaun ke atas premis hiburan yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang ditetapkan.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, kompaun yang dikeluarkan itu adalah di bawah Undang-Undang Kecil Undang-undang Kecil (Pub and Bar Lounge) By Laws 1984.

Menurut kenyataan itu, premis terlibat didapati beroperasi dengan lesen tamat tempoh, beroperasi lebih masa selain menjalankan perniagaan hiburan karaoke terbuka tanpa kebenaran.

“DBKK melalui Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan satu operasi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas premis-premis hiburan pada Sabtu lalu.

“Hasil dari pemeriksaan itu, sebanyak tiga kompaun berjaya dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (Pub and Bar Lounge) By Laws 1984,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, operasi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Ini adalah bagi memastikan pematuhan syarat lesen yang ditetapkan oleh DBKK dibuat oleh semua pemilik premis pada setiap masa.

“DBKK menasihatkan kepada semua pemilik premis hiburan dalam kawasan Kota Kinabalu untuk beroperasi dengan lesen perniagaan yang sah dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Bagi mendapatkan panduan dan maklumat lanjut berhubung prosedur dan syarat-syarat lesen perniagaan, orang awam bolehlah menghubungi Jabatan Pelesenan, DBKK di talian 088-521800. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular