HomeSukanPTBNS B juara pertandingan boling trio wanita

PTBNS B juara pertandingan boling trio wanita

Read Time:38 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak 11 pasukan menyertai Pertandingan Boling Trio Wanita anjuran Puspanita Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan di KK Galaxy Bowl Centre Point itu menyaksikan pasukan mewakili Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah (PTBNS) B berjaya dinobatkan sebagai juara.

Dengan kemenangan itu, PTBNS B membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan hamper. 

PTBNS A pula dinobatkan sebagai naib juara sementara pasukan Sweet Charity di tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai dan hamper.

PKK dalam kenyataan berkata, pertandingan itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara penjawat awam dan swasta melalui sukan boling yang dilihat mampu mempamerkan bakat dan menjadi platform pengukuhan pasukan yang strategik.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Puspanita PKK, Kamaliah Sulimat. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Dua tonggak Sabah FC dijangka tidak dapat diturunkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular