HomeUtamaPemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan

Pemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja pemotong rumput mengalami kecederaan luka tembus di bahagian lengan kanan dipercayai terkena tembakan senapang angin buatan sendiri di salah sebuah taman di Luyang dekat sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam lebih kurang 9.31 pagi kelmarin (19 Mei).

“Pengadu seorang lelaki memaklumkan rakan sekerjanya berusia lingkungan 23 tahun dipercayai terkena tembakan senapang angin di salah sebuah taman di Luyang, Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa bersama dua orang rakannya sedang berehat daripada memotong rumput dan tiba-tiba mangsa berasa sakit di bahagian lengan sebelah kanan dan terdapat pendarahan.

“Mangsa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan memandangkan semasa kejadian bunyi persekitaran agak bising dengan mesin rumput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, mangsa cedera iaitu luka tembus di bahagian belakang lengan sebelah kanan dan luka kecil di bahagian tepi rusuk kanan.

Sehubungan dengan itu, Kasim berkata, polis Kota Kinabalu telah berjaya menangkap suspek dan merampas beberapa senjata tiruan termasuk tiga bilah kerambit buatan sendiri ditemui di belakang pintu bilik suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai adalah dinasihati supaya tidak memiliki atau menggunakan senjata tiruan kerana ia salah di sisi undang-undang,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular