HomeIsu tempatan111 warga PKK santuni penduduk Kg Lokub Kiulu

111 warga PKK santuni penduduk Kg Lokub Kiulu

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Seramai 66 kakitangan dan 45 pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini telah menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perdana di Kampung Lokub Kiulu, Tuaran yang telah diadakan bermula 7 Mac sehingga 19 Mei lalu.

Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Madius Tangau berkata, program seumpama ini dilihat dapat membantu komuniti, khususnya penduduk kampung untuk berkongsi idea dan memahami konsep-konsep yang cuba dibawa oleh PKK dalam membantu membangunkan ekonomi dan sosial di kampung ini.

Katanya, program itu juga menunjukkan rasa berterima kasih PKK kepada warga penduduk Kampung Lokub Kiulu.

“Penduduk Kampung Lokub sentiasa menerima dengan hati terbuka terhadap program seperti ini yang membuat saya merasakan bahawa kampung ini bakal menjadi salah satu peneraju dan pencipta teknologi yang membantu ke arah kemajuan penduduk kampung setempat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah PKK, Abdul Razak Mohd Daim berkata, program itu merupakan salah satu usaha PKK dalam memastikan kemahiran teknikal dan ilmu yang diperolehi pelajar dan pensyarah dapat disalurkan secara  berterusan bagi membantu penduduk setempat .

“Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk melibatkan penduduk Kampung Lokub antaranya program seperti bimbingan mengenai akauntansi kepada Koperasi Kg. Lokub, pengenalan platform sosial media untuk eco pelancongan, mesin coating dalam membantu kraftangan, Sistem Pengesanan Banjir serta kajian awal kualiti air Sungai Kiulu dalam membantu Sustainable Development Goals (SDG).

“Di samping itu, jabatan sokongan akademik telah membuat aktiviti melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah dalam meningkatkan minat dalam program STEM yang melibatkan program minat dalam subjek Matematik dan program komunikasi Bahasa Inggeris,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh kerjasama serantau bersama UNISMUH Makassar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular