HomeEkonomiKTI Landmark Bhd lancar Prospektus IPO RM48 juta

KTI Landmark Bhd lancar Prospektus IPO RM48 juta

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Pemaju hartanah bersepadu yang berpangkalan di Sabah KTI Landmark Berhad menyasarkan untuk mengumpul RM48 juta menerusi langkah penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hadir menyaksikan Majlis Pelancaran Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) KTI Landmark Berhad di sini, hari ini.

KTI Landmark Berhad yang juga pengilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) di tapak yang diperakui CIDB, menyediakan perkhidmatan pembinaan reka bentuk dan binaan terutamanya kepada Lembaga Kemajuan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) untuk membina pembangunan bandar dan rumah mampu milik untuk projek perumahan awam dan penjawat awam.

Pada masa ini, KTI mempunyai sejumlah RM2.2 bilion projek Nilai Pembangunan Kasar (GDV) untuk projek yang sedang berjalan dan akan datang di seluruh Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan dan Papar di Sabah, di mana 30 peratus daripada mereka dianugerahkan oleh LPPB.

Projek syarikat itu termasuk, antara lain Taman Wawasan di Beaufort, Taman La Gloxinia di Papar, Taman Seri Lemawang di Tuaran serta Taman Nelly, Taman Lavender dan The Logg di Kota Kinabalu.

Sementara itu, pada majlis sama, Dr Gordon Loke, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif KTI, berkata The Logg ialah projek pembangunan bercampur pertama Syarikat dan juga projek pembangunan bersama pertama KTI dengan LPPB, pihak berkuasa negeri di Sabah.

“The Logg, hartanah mercu tanda dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.0 bilion akan dibangunkan di atas tanah seluas 5 ekar di Luyang, Sabah menjelang Disember 2025. la terdiri daripada dua blok kondominium, satu blok pangsapuri, hotel 4 bintang dan bangunan komersial.

“Peruntukan untuk menambah keperluan modal kerja kami akan mengurangkan kebergantungan kami kepada pembiayaan luar dan membolehkan kami menjalankan lebih banyak projek secara serentak,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular