HomeUtamaKerajaan Sabah tetap Teguh Dengan Pendirian Tegas dan Mutlak Dalam Isu MA63...

Kerajaan Sabah tetap Teguh Dengan Pendirian Tegas dan Mutlak Dalam Isu MA63 – Anifah Aman

Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU  – Pendekatan “tegas dan mutlak” kerajaan Sabah dalam memperjuangkan semua hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan adalah jaminan kepada rakyat Sabah bahawa perjuangan ini masih berterusan, kata Senator Tan Sri Anifah Aman.

Penasihat Khas kepada Ketua Menteri mengenai Hubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing dan Presiden Parti Cinta Sabah itu berkata perjuangan untuk menuntut hak itu masih hidup.

“Secara objektif, kesilapan tersebut membawa sesuatu yang sangat positif. Satu mesej yang jelas adalah bahawa Sabah tidak akan berundur walau seinci pun,” Kata-kata yang digunakan oleh Ketua Menteri dalam kenyataannya sangat jelas kata Anifah.

“Namun kita mesti belajar dari kesilapan yang dibuat. Secara peribadi, saya melihat bahawa isu MA63 menyatukan semua rakyat Sabah walaupun terdapat perbezaan perfahaman di antara kita. Inilah yang membuat kita kuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anifah, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Malaysia dari 2009 hingga 2018, yang memainkan peranan penting dalam membawa MA63 ke arus politik perdana berkata Sebagai pengasas bersama kumpulan MySabah, beliau mendesak pembentukan panel semakan MA63, yang ditubuhkan dengan beliau sebagai pengerusi bersama bersama Menteri Undang-undang ketika itu, Datuk Nancy Shukri dari Sarawak di bawah kerajaan Barisan Nasional ketika itu.

Pada tahun 2018, Anifah meletak jawatan dari Umno, mengkritik parti dan Barisan Nasional kerana gagal menunaikan janji MA63. “Saya mahu rakyat Sabah menerima layanan yang sama dan hak penuh tanpa kelewatan dan alasan,” katanya.

Menurut Anifah lagi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, telah mengesahkan secara tegas bahawa Sabah tidak akan melepaskan hak perlembagaan asasnya berkaitan dengan geran khas 40 peratus hasil Persekutuan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata bahawa ini adalah hak kewangan negeri dan “jauh lebih daripada sekadar aspirasi.”

Dalam prosiding rayuan Khamis lalu, kemasukan saat akhir kerajaan negeri sebagai “pencelah” menyaksikan peguam yang mewakili pejabat Peguam Besar negeri, Tengku Fuad Ahmad, mempersoalkan locus standi Persatuan Undang-undang Sabah dalam memohon semakan terhadap hak hasil 40 peratus negeri.

Fuad berkata bahawa Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan “bukanlah hak mandatori atau mutlak” dan bahawa “geran khas hasil 40 peratus adalah satu aspirasi, sesuatu yang harus diusahakan daripada hak mutlak di bawah mandamus.”

Kerajaan Negeri bagaimanapun, menolak dakwaan tersebut di mana Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, memberi jaminan bahawa pejabatnya akan mengambil langkah untuk membetulkan “kenyataan yang tersasar” oleh peguamnya.

“Pejabat Peguam Besar Negeri akan mengambil langkah yang perlu untuk membetulkan sebarang kenyataan yang tersasar daripada pendirian rasmi dan jelas negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Anifah turut merayu agar rakyat bertenang supaya isu ini dapat ditangani demi kepentingan terbaik negeri dan rakyat.

“Apa sahaja tindakan dan keputusan yang kita buat mesti demi kepentingan terbaik Sabah dan rakyat. “Perjalanan kita dalam memperjuangkan hak kita telah lama. Siapa tahu bila kita akan mencapai matlamat kita.

“Tetapi tidak wajar untuk kita berpecah dan menjadikan pihak tertentu sebagai musuh sepanjang perjalanan ini.

“Kita semua bersama dalam hal ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular