HomeUtamaPesta Kaamatan boleh dikenali diperingkat Kebangsaan

Pesta Kaamatan boleh dikenali diperingkat Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan di peringkat Negeri Sabah boleh dikenali sebagai perayaan Kaamatan Kebangsaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, perayaan itu turut disambut masyarakat Madani di beberapa buah negeri di Semenanjung.

Katanya, sambutan itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Mei ini.

“Pesta Kaamatan ini boleh dijadikan sebagai sambutan peringkat kebangsaan, ini kerana negeri-negeri di Semenjung pun terlibat dan yang merasmikan adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Jadi, sesuai juga kerana kita mahu mengangkat Pesta Kaamatan ini ke peringkat kebangsaan dengan penglibatan semua di Malaysia ini dengan Perdana Menteri juga merasmikan Pesta Kaamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan 2024 selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Mengenai kelainan sambutan pada tahun ini, Jeffrey berkata, Tun Juhar akan merasmikan sambutan itu pada 30 Mei manakala perasmian penutupan pula akan disempurnakan oleh Anwar.

“Saya telah selesai membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun dan memberi sedikit taklimat tentang peranan beliau nanti semasa perasmian Tadau Kaamatan peringkat negeri atau peringkat kebangsaan sudah ini pada 30 Mei.

“Ada kelainan sedikit sebab biasanya dia (Tun Juhar) rasmi tutup pada 31hb tetapi kali ini dia minta supaya dia merasmikan pada 30 Mei ini disebabkan 31 adalah hari Jumaat.

“Dalam masa yang sama, kita telah membuat sedikit pembaharuan yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan merasmikan Pesta Kaamatan pada 31 Mei,” katanya.

Pesta Kaamatan dilancarkan pada setiap 1 Mei di daerah tertentu secara bergilir menandakan bermulanya sambutan di peringkat kampung dan daerah, sebelum acara kemuncak di peringkat negeri iaitu di Hongkod Koisaan Penampang pada 30 dan 31 Mei.

Pada tahun ini, pelancaran Pesta Kaamatan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh Jeffrey di Dewan Masyarakat Ranau pada 1 Mei lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular