HomeUtamaKPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM1 juta atas pelbagai kesalahan

KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM1 juta atas pelbagai kesalahan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan mencatatkan nilai rampasan sebanyak lebih RM1 juta atas pelbagai kesalahan yang direkodkan sehingga Isnin lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, dari jumlah itu sebanyak 55 kes telah berjaya dihasilkan menerusi pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya sejak awal tahun ini.

“Dari segi tindakan kompaun, sejumlah RM6,700 nilai kompaun telah dikutip oleh KPDN Sandakan berikutan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

“Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 20 Mei, kita turut menerima sebanyak 52 aduan di cawangan ini. Daripada 52 aduan tersebut, 47 aduan (90.38 peratus) telah disiasat dan diselesaikan manakala lima lagi aduan sedang dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini,

Azdy berkata, KPDN cawangan Sandakan menasihatkan agar para peniaga di daerah ini untuk sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN terutamanya mempamerkan tanda harga ke atas barangan yang dijual dan menjual barang kawalan.

Katanya, ia terutamanya gula, minyak masak dan tepung gandum mengikut harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.

“Pegawai-pegawai KPDN Sandakan akan sentiasa turun padang menjalankan pemeriksaan di daerah ini meliputi kawasan luar bandar dan di bandar bagi mempastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN,” katanya.

Dalam pada itu, Azdy berkata, KPDN cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga.

Katanya, pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan  yang disediakan. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Cawangan Sandakan

RELATED ARTICLES
Utama

9 individu tanpa dokumen ditahan dipercayai sertai Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular