HomePolitikParti Cinta Sabah secara rasmi sertai Gabungan Rakyat Sabah

Parti Cinta Sabah secara rasmi sertai Gabungan Rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Senator Tan Sri Anifah Aman, hari ini mengumumkan Parti Cinta Sabah (PCS) telah secara rasmi menyertai gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Anifah berkata, langkah penting ini menandakan lembaran baru bagi PCS, yang menyelaraskan misi dan visinya dengan matlamat yang lebih luas dari GRS.

“Bagi pihak pemimpin dan penyokong parti kami, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan semua pemimpin gabungan kerana menerima PCS ke dalam keluarga GRS. ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anifah berkata, PCS berkongsi visi dan misi yang sama dengan GRS demi Sabah dan rakyat negeri ini.

“PCS adalah parti tempatan Sabah dan oleh yang demikian, kami melihat rumah kami di GRS yang merupakan entiti politik tempatan yang telah lama dibayangkan oleh penduduk Sabah.

“Sejajar visi PCS dan GRS untuk Sabah, dengan mengutamakan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak-hak Sabah dan kepentingan negeri.

“PCS juga berkongsi teras ‘Sabah First’ GRS, yang memfokuskan kepada perlindungan hak dan kepentingan Sabah sambil menekankan pembangunan yang diperlukan,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen PCS melangkaui perkara tempatan, dengan dedikasi untuk memajukan agenda Sabah di platform nasional dan antarabangsa.

Mengimbas kembali perjalanan PCS sejak beliau mengambil alih kepimpinan empat tahun lalu, Anifah menyoroti pertumbuhan parti dalam kekuatan, kebijaksanaan, dan kematangan.

Beliau turut memuji latar belakang dan kemahiran anggota PCS yang pelbagai, yang disatukan oleh cinta mendalam terhadap Sabah, dengan tujuan untuk memberi kesan positif kepada kehidupan rakyatnya.

“Saya memberi jaminan bahawa PCS akan bekerja keras untuk memperkukuh kedudukan GRS sebagai blok kuasa politik, yang dapat diterima oleh semua etnik dan kepercayaan di Sabah.

“Saya teringat kata-kata Ketua Menteri kita Datuk Seri Hajiji Noor “Rumah Kita, Kitalah Yang Jaga” (Kita jaga rumah sendiri). Bagi kebanyakan orang Sabah, kata-katanya membuat kita merasa bangga kerana ia meluahkan suara hati kita.

“Bagi PCS, penerimaan parti kami ke dalam keluarga GRS membuatkan kami berasa seperti pulang ke rumah. Dan kami akan menjaga rumah ini kerana ini adalah rumah kita semua,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Park masih ditutup atas faktor risiko keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular