HomeIsu tempatan17 bakal jemaah haji disantuni ADUN Lumadan

17 bakal jemaah haji disantuni ADUN Lumadan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Beaufort : Seramai 17 bakal jemaah haji sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan telah disantuni Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ruslan Muharam di sini hari ini.

Ruslan berkata, ziarah ke rumah bakal-bakal jemaah haji itu adalah antara lain bagi berkongsi pengalaman beliau yang pernah menunaikan haji pada 2005.

“Hari ini kita telah mengadakan satu program ziarah bagi menyantuni bakal-bakal jemaah haji dari kawasan DUN Lumadan iaitu seramai 17 orang. 

“Dalam program ini, kita telah datang ke rumah-rumah mereka untuk berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai jemaah haji yang sudah pernah menunaikan haji pada 2005 selain memberi sedikit kata-kata semangat kepada mereka,” katanya.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, beliau turut mendoakan agar semua bakal jemaah haji khususnya dari kawasan DUN Lumadan selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Beliau turut meminta agar bakal jemaah haji untuk sentiasa menjaga tahap kesihatan dan diberikan ketenangan selain mendapat keberkatan Allah S.W.T.

“Sudah tentu mereka sangat senang hati dan gembira kerana peluang untuk menunaikan ibadah haji ini sudah sekian lama dinantikan dan mungkin ada antara mereka sudah lebih 10 tahun menanti.

“Perasaan yang sukar digambarkan itu juga kita tidak dapat rasa namun saya yakin, inilah peluang berharga yang dinantikan para bakal jemaah haji,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular