HomeUtamaPesta Kaamatan medium satukan kepelbagaian etnik, budaya

Pesta Kaamatan medium satukan kepelbagaian etnik, budaya

Read Time:1 Minute, 12 Second

Putatan: Penganjuran Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun khususnya di negeri ini dilihat merupakan salah satu medium bagi menyatukan kepelbagaian etnik, agama dan budaya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmy Yahya berkata, Pesta Kaamatan akan turut memperkukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Pesta Kaamatan bukan sahaja merupakan acara yang merayakan warisan Kadazandusun, tetapi juga menjadi titik sentuhan bagi pelbagai etnik, agama, dan budaya yang berbeza untuk bersatu dalam keharmonian.

“Selain merayakan kepelbagaian budaya dan tradisi kaum Kadazandusun ianya juga merupakan satu bentuk penghargaan terhadap kelestarian warisan nenek moyang kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan dan Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Putatan Tahun 2024 di Dewan Sri Putatan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menekankan tiga perkara mengenai kepentingan perpaduan, keharmonian, dan kesejahteraan kaum terutama masyarakat di Putatan.

“Perpaduan merupakan tonggak utama dalam membangun sebuah masyarakat yang kukuh dan berdaya maju seperti di Putatan, terdapat pelbagai etnik dan agama berkongsi ruang hidup dalam suasana harmoni serta toleransi.

“Semua pihak perlu berusaha memelihara keharmonian antara kaum, mengukuhkan hubungan silaturahim dan mengamalkan nilai-nilai saling tolong-menolong agar kesejahteraan dapat dicapai secara berkekalan,” katanya.

Katanya, kesejahteraan bukan hanya berkaitan dengan aspek ekonomi semata-mata, tetapi juga mencakupi keamanan, kesihatan, pendidikan, dan kebajikan sosial.

Menurutnya, Pertandingan Unduk Ngadau boleh menjadi platform untuk mempromosikan kesepaduan dan integrasi nasional selain menjadi lambang keanggunan serta keindahan wanita Kadazandusun.

RELATED ARTICLES
Utama

Semua ketua, jabatan berkaitan ambil tindakan tegas, pantas tangani isu-isu semasa...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular