HomeUtamaTujuh remaja ditahan reman terlibat merusuh dengan senjata di tempat awam

Tujuh remaja ditahan reman terlibat merusuh dengan senjata di tempat awam

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang remaja ditahan reman kerana terlibat merusuh dengan menggunakan senjata batang paip dan kayu di tempat awam di bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan menerima maklumat kejadian pada 17 Mei 2024, jam 7.56 petang menerusi satu hantaran video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan kanak-kanak disyaki sedang bergaduh sesama mereka dan melemparkan objek seperti batang paip dan kayu sebagai senjata untuk menyerang di antara satu dengan yang lain di atas jalan raya berhadapan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan pihak polis Kota Kinabalu telah menahan reman tujuh orang suspek berumur lingkungan 14 tahun ke atas yang terlibat di dalam pergaduhan tersebut.

“Pihak polis juga mengesahkan bahawa kejadian pergaduhan atau rusuhan ini tiada melibatkan unsur-unsur kongsi gelap.

“Sebaliknya ia berpunca daripada buli, memeras dan rasa tidak puas hati,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan dari pihak penguatkuasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah bermotifkan politik, meraih perhatian media – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular