HomeIsu tempatanUMS, AIM meterai kerjasama dalam pembangunan latihan dan pemasaran

UMS, AIM meterai kerjasama dalam pembangunan latihan dan pemasaran

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalinkan kolaborasi bersama Access Ideas (M) Sdn. Bhd. (AIM) bagi kerjasama dalam pembangunan trainer yang bertauliah, modul latihan dan strategi pemasaran khusus untuk penjanaan melalui latihan, serta memasarkan kepakaran dalaman UMS.

Kolaborasi tersebut dimeterai dalam satu acara menandatangani Surat Niat (LoI) antara kedua-dua pihak yang berlangsung di UMS.

Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar mewakili UMS menandatangani LoI tersebut, manakala AIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zati Hanani Zaini.

Menerusi LoI tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memasarkan kepakaran dalaman UMS selain menjadi platform menyediakan tenaga pengajar, perundingan dalam membangunkan alat sokongan dan aplikasi program latihan, dan sebagai rakan strategik dalam penganjuran persidangan, seminar atau webinar di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

UMS dan AIM juga akan bekerjasama dalam aspek penggunaan sewaan ruang dan fasiliti, membangunkan program-program pensijilan dan kerjasama program ‘Internship with Finishing School’ yang memfokuskan kecekapan pemasaran kepada pelajar UMS.

Terdahulu, Luqman dalam ucapannya merakamkan penghargaan khususnya kepada Ketua Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BkePT) UMS, Kamisah Husin dalam merealisasikan hasrat untuk mengadakan kolaborasi tersebut.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat terutama kepada para trainers pakar UMS yang komited dalam membangunkan modul latihan berkualiti serta komprehensif.

“Diharapkan agar hubungan kerjasama sebegini dapat diteruskan dan memberi faedah kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam pembangunan modul latihan yang berkualiti, melatih dan berkongsi kepakaran tenaga pengajar selain menambah pembangunan bakat melibatkan komuniti di Sabah” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut wakil AIM, Zurina Salakin dan para trainers pakar UMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular