HomeIsu tempatan51 pelajar sertai Bengkel Perpustakaan OPAC, u-Pustaka

51 pelajar sertai Bengkel Perpustakaan OPAC, u-Pustaka

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu  : Seramai 51 orang pelajar dari sembilan buah sekolah sekitar daerah ini telah menyertai Bengkel Perpustakaan Online Public Access Catalogue (OPAC) dan u-Pustaka.

Program anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui Pejabat Zon Pantai Barat Utara dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens itu telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II pada Selasa lalu.

KYS dalam satu kenyataan berkata, objektif utama bengkel itu adalah bagi membantu meningkatkan literasi maklumat dan literasi asas pencarian maklumat dalam perpustakaan.

Menurut kenyataan itu lagi, ianya adalah bagi meningkatkan kecekapan penggunaan perpustakaan.

“Di samping itu, bengkel ini juga sebagai persediaan awal kepada para pelajar tingkatan lima dan enam yang akan melanjutkan pengajian diperingkat lebih tinggi kelak,” menurut kenyataan itu di sini.

Majlis penutupan disempurnakan Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon, KYS Zulkhairi Ismail. 

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud, Dr. Japran Kusin, Pengetua SMK Pekan II, Kota Belud, Jainol Sahir dan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, Zainudin Saridi. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS promosi gaya hidup sihat di Kg. Long Pasia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular