HomeSukanLebih 130 pasukan sahkan sertai Perahu Naga Antarabangsa

Lebih 130 pasukan sahkan sertai Perahu Naga Antarabangsa

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Lebih 130 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi menyertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa kali ke sembilan yang akan berlangsung bermula selama tiga hari bermula 7 Jun ini.

Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri Dr. T.C. Goh berkata, daripada jumlah tersebut hanya dua pasukan luar negara telah menghantar penyertaan iaitu negara Brunei Darussalam dan Filipina.

“Selebihnya adalah pasukan bot naga tempatan termasuk negeri-negeri di Semenanjung dan Sarawak yang akan berentap pada 7 hingga 9 Jun ini di Teluk Likas.

“Bagi kumpulan atau pasukan yang berminat untuk menyertai, pihak FCAS masih menerima permohonan penyertaan dan kita menjangkakan tidak kurang dari 155 pasukan akan menyertai pertandingan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat bersama rombongannya terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

T.C. Goh berkata, lebih RM94,000 hadiah disediakan FCAS untuk pelbagai kategori yang merangkumi pasukan lelaki dan wanita.

“Oleh itu, saya menyeru kepada masyarakat sekitar  bandaraya Kota Kinabalu agar terus menyokong dan memeriahkan pertandingan ini,” katanya.

Kunjungan tersebut diadakan bagi menjemput Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah untuk hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut mengadakan kunjungan kepada Tun Juhar adalah Pengerusi Persatuan Masyarakat Peranakan Jawa Sabah (PERJASA) Saiman Senang dan rombongan.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan PERJASA yang baru selain memberi penerangan kepada Tun Juhar tentang peranan dan kegiatan yang dilaksanakan bagi Perjasa yang kini mempunyai lebih 2,000 orang ahli berdaftar yang aktif.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala MFL : Sabah FC II perlu sokongan padu penyokong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular