HomeUtama40 peratus hasil Sabah: PH Sabah sokong pendirian Kerajaan terhadap tindakan SLS

40 peratus hasil Sabah: PH Sabah sokong pendirian Kerajaan terhadap tindakan SLS

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Pakatan Harapan (PH) Sabah memberi sokongan terhadap pendirian dan keputusan Kerajaan berhubung dengan tindakan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) yang membawa isu 40 peratus hasil Sabah ke mahkamah.

PH Sabah dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebahagian daripada Kerajaan negeri, gabungan parti politik itu memahami dan menghormati sepenuhnya keputusan yang diambil oleh SLS dalam membawa isu 40 peratus hak perlembagaan Sabah ke mahkamah dalam permohonan Semakan Kehakiman mereka.

“Pada 2022 PH Sabah juga telah mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dengan memfailkan Saman Pemula menuntut 40 peratus hak perlembagaan Sabah untuk dihormati dan dilaksanakan.

“PH Sabah kini telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah bertekad untuk memastikan perkara ini diselesaikan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan dan Jawatankuasa Teknikal (Jawatankuasa MA 63) masing-masing diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kedua,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu turut berkata, PH Sabah juga memandang positif dengan tindakan SLS yang terus didengar di mahkamah dan pada masa yang sama komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu MA63 melalui penubuhan Jawatankuasa MA63 dengan wakil daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilantik ke jawatankuasa tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, walapun dengan pendekatan yang berbeza namun ianya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memastikan hak perlembagaan Sabah dalam MA63 dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular