HomePendapatBilakah Mekanisme Harga Beras Akan Diumumkan ?

Bilakah Mekanisme Harga Beras Akan Diumumkan ?

Read Time:8 Minute, 21 Second

1.        Pada 21 Mei 2024, Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan Perutusan Negara, di mana beliau telah berkongsi dan memberi pencerahan mengenai kedudukan ekonomi negara, pencapaian yang telah berjaya di raih serta perancangan masa depan.

2.        Antara lain, Perdana Menteri telah menyentuh dua perkara yang berkaitan dengan industri padi negara, iaitu:

  • pendapatan pesawah: penjimatan yang di hasilkan menerusi pengurusan kewangan negara yang lebih baik telah dapat di gunakan untuk menambah-baik bantuan kepada rakyat, termasuklah meningkatkan pendapatan pesawah, di mana kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) telah di naikkan daripada RM 360/ MT kepada RM 500/ MT pada tahun 2023
  • subsidi diesel: di bawah pelaksanaan subsidi diesel bersasar yang akan di laksanakan nanti, pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuklah pesawah, bakal menerima bantuan tunai bagi mengelakkan pesawah terkesan dengan peningkatan kos

3.        Sudah agak lama tiada berita mahupun pengumumkan baru melibatkan pesawah serta industri padi dan beras negara. Tidak lama dahulu, krisis harga dan bekalan beras di pasaran tempatan hangat di perkatakan di seluruh pelosok negara. Walaupun situasi krisis sudah terkawal, sebenarnya rakyat Malaysia masih menanti keputusan Kerajaan Malaysia untuk menetapkan harga beras putih tempatan yang baru.

4.        Berdepan dengan peningkatan kos penanaman padi dan pengeluaran beras, pelbagai pihak telah menggesa Kerajaan Malaysia agar menaikkan harga siling Beras Putih Tempatan (BPT). Ketika ini, harga siling BPT di tetapkan pada kadar RM 2.60/ kg. Harga siling BPT ini telah tidak di semak dan di ubah melebihi 15 tahun, sejak di tetapkan pada tahun 2008.

5.        Fakta menarik: Penetapan harga siling bermakna beras putih tempatan tidak boleh di jual melebihi harga siling berkenaan. Kerajaan Malaysia menetapkan harga siling berkenaan untuk memastikan rakyat Malaysia mampu membeli beras putih tempatan pada harga yang berpatutan.

6.        Tidak lama dahulu, Pengerusi Pengilang Beras Malaysia telah mencadangkan supaya harga siling BPT di naikkan kepada RM 3.20/ kg, iaitu kenaikan sebanyak RM 0.60/ kg daripada harga siling sekarang.

7.        Manakala, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pula telah mencadangkan agar Beras Putih Tempatan (BPT) dan Beras Putih Import (BPI) di satu dalam beras putih, dengan satu harga maksimum sehingga RM 3.50/ kg. Ini akan dapat mengelakkan penipuan dan eksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, seterusnya boleh menjamin bekalan beras di pasaran tempatan.

8.        Pada 14 Februari 2024, Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah mengumumkan bahawa:

  • Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia MADANI pada harga RM 30/ 10kg kampit beras (RM 3.00/ kg)
  • Ini akan berkuat-kuasa pada 19 Februari 2024, dan Beras Putih Malaysia MADANI di jangka berada di pasaran bermula 1 Mac 2024
  • Beras Putih Malaysia MADANI akan menjadi kategori tunggal beras, dan tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (BPT) dan Beras Putih Import (BPI) seperti sekarang
  • Kerajaan Malaysia memberi tempoh masa antara 19 Februari – 1 Mac 2024 kepada pihak industri beras untuk membuat penyelarasan serta penjualan semua jenis stok beras pembungkusan lama

9.        Namun begitu, pengumuman beliau tersebut telah menimbulkan kejutan, kekeliruan dan keresahan dari pelbagai pihak. Malah, ramai berpendapat beliau memandai-mandai membuat pengumuman berkenaan, dan sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan sebarang dasar kerajaan.

10.      Sejurus itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) telah memaklumkan Kerajaan Malaysia belum membuat keputusan mengenai cadangan pewujudan dan pelaksanaan Beras Putih Malaysia MADANI.  

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang ketetapan yang di umumkan mestilah berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) serta di maklumkan kepada Jemaah Menteri Malaysia.

11.      Seterusnya, pada 25 Februari 2024, Perdana Menteri Malaysia di laporkan berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah di beri tempoh sehingga 20 Mac 2024 untuk memuktamadkan isu berkaitan harga beras.

12.      Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan yang telah di umumkan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan harga beras putih tempatan. Semua pihak berkaitan, terutamanya pesawah padi dan pengeluar beras, masih tertunggu-tunggu dengan penuh harapan dan kerisauan. Kelewatan pengumuman ini bermakna pesawah padi dan pengeluar beras terpaksa terus bergelut untuk bertahan di dalam industri yang semakin mencabar.

13.      Tidak boleh di nafikan harga siling beras putih tempatan wajar di semak dan di naikkan, memandangkan kos penanaman padi dan pengeluaran beras telah meningkat sejak harga siling tersebut di tetapkan lebih 15 tahun dahulu. Pesawah padi kini terpaksa menanggung kos input pertanian seperti baja dan racun yang semakin mahal. Manakala, pengeluar beras turut berdepan dengan kos pemprosesan, pembungkusan, pemasaran dan pengangkutan yang meningkat tinggi.

14.      Sebagai contoh. Dalam tempoh 15 tahun tersebut, kadar Gaji Minimum negara telah di naikkan beberapa kali, dari RM 900 sebulan kepada RM 1,500 sebulan. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM 600 (66.7%).

Tambahan lagi, kadar Gaji Minimum negara sedang di kaji dan di jangka akan di naikkan pada tahun ini, selepas kenaikkan terakhir pada 1 Mei 2022.

15.      Dengan kos penanaman padi dan pengeluaran beras yang sudah meningkat, amat sukar untuk pesawah padi dan pengeluar beras menjana pendapatan yang setimpal, pada harga siling beras sediada. Ini seterusnya melemahkan daya-saing serta kemampanan industri padi dan beras negara untuk jangka masa panjang.

16.      Sekiranya daya-saing industri padi dan beras negara kekal lemah, agenda kerajaan untuk meningkatkan Kadar Sara Diri Beras negara sudah pasti tidak akan tercapai, malah akan terus merosot.

17.      Untuk sekian lama, Kadar Sara Diri Beras negara telah menunjukkan trend menurun: 72.3% (2015), 70.3% (2016), 70% (2017), 69% (2018), 65% (2021), 62.6% (2022). Penurunan ini menyebabkan kebergantungan negara kepada beras import semakin tinggi bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

18.      Setakat ini, di bawah Kerajaan Malaysia MADANI, pesawah padi negara telah menerima beberapa berita baik untuk menampung kenaikan kos penanaman padi serta meningkatkan pendapatan. Antaranya:

  • Harga Minimum Terjamin Padi/ Guaranteed Minimum Price (GMP): GMP telah di naikkan dari RM 1,200/ tan kepada RM 1,300/ tan, iaitu kenaikan pertama sejak tahun 2014
  • Skim Subsidi Harga Padi (SSHP):  SSHP telah di naikkan daripada RM 360/ tan kepada RM 500/ tan

19.      Fakta menarik:

  • GMP adalah harga minimum yang mesti di bayar oleh pengilang beras apabila membeli hasil padi daripada pesawah. Ini untuk melindungi pesawah daripada di eksploitasi oleh pengilang beras.
  • SSHP adalah subsidi yang di bayar oleh Kerajaan Malaysia kepada pesawah berdasarkan jumlah padi yang di hasilkan. Ianya di sediakan sebagai dorongan untuk pesawah meningkatkan hasil padi.

20.      Maka, kenaikan harga siling beras pula akan membolehkan pengeluar beras menangani peningkatan kos. Tambahan lagi, ianya juga membolehkan pengilang beras untuk membeli hasil padi dari pesawah pada harga yang lebih tinggi dari GMP, seterusnya meningkatkan lagi pendapatan pesawah.

21.      Beras merupakan makanan utama rakyat Malaysia. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2021, secara purata, seorang rakyat Malaysia makan beras atau nasi sebanyak 79 kg setahun.

Ini bermakna, satu keluarga (4 orang) makan beras sebanyak 316 kg setahun atau 26.3 kg sebulan.

22.      Oleh itu, berdasarkan kuantiti tersebut, perbandingan jumlah perbelanjaan membeli beras putih tempatan untuk satu keluarga (4 orang) mengikut beberapa cadangan harga siling adalah:

Harga SilingJumlah Perbelanjaan (setahun)Jumlah Perbelanjaan (sebulan)Peningkatan perbelanjaan sebulan, berbanding harga siling sediada (RM 2.60/ kg)% Peningkatan perbelanjaan sebulan, berbanding harga siling sediada (RM 2.60/ kg)
RM 2.60/ kgRM 821.60RM 68.47
RM 3.00/ kgRM 948.00RM 79.00RM 10.5315.4%
RM 3.20/ kgRM 1.011.20RM 84.27RM 15.8023.1%
RM 3.50/ kgRM 1,106.00RM 92.17RM 23.7034.6%

23.      Persoalan: Berdepan dengan kenaikan harga siling beras yang tidak dapat di elakkan lagi, apakah kemampuan rakyat Malaysia?

24.      Ketika ini, ramai rakyat Malaysia memperolehi pendapatan yang sangat kecil, dan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), median atau penengah upah bulanan pekerja di Malaysia adalah sebanyak RM 2,600 sahaja.

25.      Dengan andaian pendapatan satu keluarga (4 orang) adalah RM 2,600 sebulan:

  • jika harga siling beras di naikkan kepada RM 3.50/ kg, keluarga berkenaan akan berdepan dengan penambahan kos beras sebanyak RM 23.70 sebulan
  • Ini merupakan 0.9% daripada pendapatan bulanan RM 2,600

26.      Ini bermakna, jika harga siling beras di naikkan kepada RM 3.50/ kg, iaitu harga tertinggi yang di cadangkan, kesan dan beban peningkatan kos kepada satu keluarga (4 orang) adalah minimal, serta melibatkan peratusan yang kecil berbanding pendapatan bulanan.

27.      Namun begitu, harga siling beras putih tempatan tidak wajar di naikkan secara mendadak, dari RM 2.60/ kg kepada RM 3.50/ kg, dalam masa terdekat. Adalah lebih wajar sebarang kenaikkan di laksanakan secara berperingkat dalam tempoh masa yang sesuai, agar semua pihak dapat bersedia.  

28.      Mungkin sebagai permulaan, harga siling berkenaan boleh di naikkan kepada RM 3.00/ kg, dan kemudian di naikkan sebanyak RM 0.50/ kg setiap beberapa tahun, bergantung kepada keadaan semasa.

29.      Justeru itu, sebarang pertimbangan kenaikan harga siling beras putih tempatan mestilah mengambil kira kesejahteraan semua pihak berkepentingan serta menghasilkan situasi win-win, dengan mengimbangi kemampuan pengeluar untuk membekal (availability)dan kemampuan rakyat untuk membeli (affordability).

30.      Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk di capai. Namun begitu, keputusan penetapan harga siling beras mesti di buat segera.         

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular