HomeIsu tempatanProgram Hari Kesihatan KKB beri manfaat kepada 109 pelajar

Program Hari Kesihatan KKB beri manfaat kepada 109 pelajar

Read Time:52 Second

Beaufort : Seramai 109 pelajar Kolej Komuniti Beaufort (KKB) menerima manfaat menerusi penganjuran program Hari Kesihatan KKB yang diadakan di sini semalam.

Program  yang berlangsung selama sehari itu dirasmikan Pengarah KKB Ts Julkifli Awang Besar.

Selain itu, program itu turut menyasarkan agar pelajar dan kakitangan kolej sentiasa peka kepada tahap kesihatan masing-masing dalam mengekalkan suasana pembelajaran dan cara kerja yang positif.

Antara program yang diadakan ialah pemeriksaan mata, ceramah dan pemeriksaan kesihatan mental, pameran serta nasihat pergigian dan program derma darah.

Bertemakan ‘Kita Jaga Kita’, program kali ini mendapat kerjasama daripada Klinik Pergigian Beaufort, Hospital Beaufort, Youth-Prep Centre Kota Kinabalu, I-K Optometris Beaufort dan Farmasi Alpro Beaufort.

Pelajar-pelajar yang terdiri daripada bidang Sijil Kulinari, Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Operasi Perhotelan berjaya menyumbang sejumlah 25 beg darah bagi membantu pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Beaufort.

Hadir sama, Pegawai Perubatan Hospital Beaufort, Dr Norilmi Juzuli, Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Beaufort, Dr.Leong Yanli, Penasihat Program Hari Kesihatan KKBS, Shamsuddin Amin dan Penyelaras Program, Nur Kharonisa Wet. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular