HomeIsu tempatanShahelmey santuni lebih 60 bakal jemaah haji Putatan

Shahelmey santuni lebih 60 bakal jemaah haji Putatan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Putatan: Seramai 63 bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Putatan hari ini disantuni dalam satu majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Majlis Daerah Putatan di sini.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey ketika ditemui berkata, bakal jemaah haji diingat untuk terus kekal menjaga kesihatan dengan baik khususnya dari segi fizikal dan mental.

“Pada pagi ini, kita telah menyantuni bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Putatan yang akan menunaikan haji dan akan bergerak meninggalkan Sabah untuk ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Jeddah pada 31 Mei ini.

“Seramai 63 orang jemaah yang di kenal pasti dan terlibat dalam program ini.  Saya ingin berpesan kepada para jemaah untuk sentiasa menjaga kesihatan mereka daripada sekarang sehinggalah tiba di Mekah seterusnya wukuf di Arafah nanti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya turut berharap agar perjalanan dan urusan ibadah haji terus dipermudahkan dan diterima bagi mendapat haji mabrur.

Dalam pada itu, jemaah yang ditemui Mohamad Johari Ibrahim, mengakui penantian bagi mengerjakan ibadah haji sangat ditunggu sekian lama.

“Pendaftaran saya mulai pada 2009 sehingga sekarang, lebih kurang dalam 14 atau 15 tahun.  Jadi kami tidak putus asa, kami hanya mendoakan setiap hari agar permohonan dan hajat itu dapat disempurnakan.

“Alhamdulilah pada tahun ini saya diangkat dan menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada tahun ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PPK Wanita USIA bakal jadi ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular