Dalam langkah penting untuk menangani konflik yang sedang berlaku di Ukraine dan mempromosikan keamanan global, satu sidang kemuncak global dianjurkan bersama Switzerland yang dijadualkan bermula pada 15 Jun ini.
Sidang Kemuncak Keamanan Global ini turut menerima komitmen dari lebih daripada lapan puluh negara, menunjukkan sokongan antarabangsa yang meluas untuk menyelesaikan konflik ini di antara 2 negara ini yang berterusan.
Kerajaan Ukraine terus berhubung dengan pemimpin-pemimpin dunia, menghantar jemputan dan mengumpul sokongan untuk acara penting ini.
Sidang kemuncak ini bertujuan untuk menggalakkan usaha kolektif mencapai keamanan yang berkekalan, melangkaui gencatan senjata sementara untuk memastikan kestabilan dan keselamatan yang berterusan.
Dalam rayuannya itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menyeru para pemimpin dunia untuk menghadiri “sidang kemuncak keamanan” bulan depan di Switzerland selepas serangan maut Rusia ke atas pasar raya besar DIY di Kharkiv pada hari Sabtu yang membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.
Beliau yang turut memanggil Presiden Joe Biden dari Amerika Syarikat dan Presiden Xi Jinping dari China untuk menunjukkan kepimpinan mereka dengan menyertai sidang kemuncak ini.
“Kami tidak mahu Piagam PBB dibakar… dibakar seperti buku-buku ini,” kata mereka, merujuk kepada kemusnahan yang disebabkan oleh konflik yang sedang berlangsung katanya di dalam video itu.