HomeSukan‘Mount Kinabalu International Climbathon’ kembali dianjurkan Oktober ini

‘Mount Kinabalu International Climbathon’ kembali dianjurkan Oktober ini

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Acara ‘Mount Kinabalu International Climbathon’ yang terkenal di seluruh dunia akan kembali dianjurkan selepas tujuh tahun tidak dilaksanakan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, acara perlumbaan bagi edisi ke-31 itu diadakan kali terakhir pada tahun 2017.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk mengadakan Climbathon sekali lagi selepas tujuh tahun tidak dianjurkan. Kami boleh mengadakannya lebih awal tetapi disebabkan pandemik COVID-19 dan beberapa isu teknikal lain, ianya terpaksa ditangguhkan.

Laluan larian ‘Mount Kinabalu International Climbathon’

“Kini kami sudah bersedia dan sebab itulah kami menganjurkan acara larian ini kembali.  Kami menjangkakan sekitar 200 peserta akan menyertai acara Climbathon ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Mary Malangking, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr. Maklarin Lakim, Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Ken Pan dan Ketua Pegawai Eksekutif Thonny Chee serta Pengurus Besar Sabapak Eco Sdn Bhd, Remysta Taylor.

Chistina berkata, Climbathon yang akan berlangsung di Taman Kinabalu pada 6 Oktober depan menampilkan Kategori Lelaki Elit, Wanita Elit, dan Lelaki Veteran (40 tahun ke atas).

“Laluan mencabar sepanjang 26 kilometer ini akan ada kenaikan ketinggi 13.3 kilometer dan peserta akan menghadapi ujian ketahanan dan ketekunan yang paling hebat apabila mereka berlumba naik dan turun Gunung Kinabalu semula.

“Kami dengan penuh semangat mengalu-alukan atlet dari seluruh dunia untuk menghadapi cabaran yang hebat ini dan merasai keindahan Gunung Kinabalu,” katanya.

Pada 2017, pelari Sabah Safrey Sumping dan atlet dari Filipina Sandi Menchi Catlona Abahan memenangi gelaran Lelaki dan Wanita Elit untuk dua tahun berturut-turut.

Pendaftaran akan mula dibuka  pada 4 Jun ini dan maklumat lanjut serta pendaftaran, layari www.hellosabah.com dan www.climbathon.com.my atau email [email protected]. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Patuhi peraturan, pandu dengan baik ketika musim perayaan – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular