HomeIsu tempatanDBKK aktifkan Ops Tunda bagi atasi masalah kereta terbiar

DBKK aktifkan Ops Tunda bagi atasi masalah kereta terbiar

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengaktifkan Ops Tunda bagi menangani masalah kereta terbiar di sekitar bandaraya ini.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, operasi tunda itu akan dilaksanakan bagi mengalihkan  dan mengeluarkan kompaun ke atas kenderaan-kenderaan terbiar, usang yang sudah ditinggalkan ditempat awam.

Menurut kenyataan itu, ia termasuklah di kawasan tepi jalan raya, di bahu jalan serta di kawasan-kawasan perumahan mahupun kawasan komersil.

“Pemilik kenderaan yang ingkar dan gagal atau tidak memberi kerjasama akan berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Undang-undang Kecil (1) (Anti Sampah Sarap) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 1984 (Pindaan 2005).

“Peraturan itu memperuntukkan tindakan penundaan kereta serta kompaun tidak melebihi RM500 bagi kesalahan yang berterusan/berulang, atau jika sabit kesalahan, pesalah sabitan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan segala kos yang berkaitan akan ditanggung oleh pemilik kenderaan.

“Sebagai rekod, sejumlah 1,038 notis kenderaan terbiar atau usang telah dikeluarkan sepanjang tahun 2020 sehingga kini, dan 83 buah kenderaan telah ditunda dalam tempoh yang sama, melalui Ops Tunda yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan, DBKK,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK berkata, semua penduduk bandar raya Kota Kinabalu diingatkan untuk tidak membiarkan kenderaan tersadai lama di tempat awam, bahu jalan atau tepi jalan raya sehingga menghalang laluan trafik dan menjadi punca kepada persekitaran yang kotor.

Menurutnya lagi, Ops Tunda akan dilaksanakan dari masa ke masa demi meningkatkan tahap keteraturan, kebersihan dan keselamatan persekitaran bandar raya Kota Kinabalu.

“Untuk maklumat lanjut, orang awam bolehlah menghubungi Jabatan Penguatkuasaan, DBKK di talian 088-527800,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular