HomeGaya hidupJetama terbit filem pendek “Hero Kaamatan Ku”

Jetama terbit filem pendek “Hero Kaamatan Ku”

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Buat julung-julung kalinya, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Jetama Sdn Bhd menerbitkan sebuah filem pendek bersempena dengan Sambutan Pesta Kaamatan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Naim Uddang berkata, filem bertajuk “JETAMA | Kaamatan 2024 : Hero Kaamatan Ku” tersebut telah dimuatnaik di saluran YouTube Jetama Sdn Bhd pada 26 Mei lepas.

“Filem berdurasi hampir lima minit tersebut mengangkat tema pengorbanan dan semangat kekeluargaan serta warisan keluarga.

“Ia mengisahkan seorang anak kecil sedih dengan kehidupannya yang tiba-tiba berubah menjadi sukar selepas berpindah ke kampung.

“Keadaan tersebut berlaku kerana bapanya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di bandar bagi mengambil alih legasi ibunya yang uzur mengusahakan sawah warisan mereka. Walaubagaimanapun, akhirnya anak tersebut menyedari pengorbanan ayahnya apabila dewasa,”kongsinya.

Ahmad Naim berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Naim, antara lokasi penggambaran filem pendek tersebut adalah di sekitar Kampung Sagkir, Kota Belud dan juga Mari-Mari Culture Village, Kota Kinabalu yang mengambil masa pengambaran dan suntingan hampir dua minggu.

“Kami berharap filem pendek ini akan dapat menambat hati penonton dan secara tidak langsung dapat mengangkat tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan” atau dalam bahasa Kadazan-Dusunnya, “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon”.

“Bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, Jetama Sdn Berhad turut menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM20 ribu kepada 20 penonton bertuah yang berkongsi (share) pautan Youtube tersebut di laman sosial Facebook, Instagram mahupun Tiktok dan merangka satu ayat pendek yang bermula dengan “Saya suka video ini kerana..” disertai dengan hashtag #KaamatanJetama2024 dan #Jetama.

“Mereka juga perlu berkongsi pautan video tersebut di laman sosial mereka bermula 26 Mei dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Jun, 6 petang.” ujarnya.

Filem tersebut dihasilkan oleh Pengurus Besar (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Ag Ahmad Zaki Abu Bakar dan dibantu oleh pelakon tempatan iaitu adik Rafa Rasendrya Roger sebagai anak, Roger Jeno Sibin sebagai ayah, Winih Kimin sebagai nenek, dan Unduk Ngadau Kaamatan 2023, Carol Abbey Gail Grimaldi sebagai anak sewaktu dewasa.

“Hero Kaamatan Ku” boleh disaksikan di saluran Youtube https://www.youtube.com/watch?v=cTwty_gay6M.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 peserta sertai Program Road Tour e-Lesen RMP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular