HomeSukanSKA Penampang 'mengganas' di Bandung, sapu bersih emas dalam Festival Event

SKA Penampang ‘mengganas’ di Bandung, sapu bersih emas dalam Festival Event

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Persatuan Karate Sabah (SKA) Penampang menyapu bersih pingat emas yang dipertandingkan bagi kategori Festival Event di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Dasril Muchtar Kali-2 dan Festival Committee yang berlangsung di Bandung, Indonesia pada 24 hingga 26 Mei lalu.

Calvarez Aiden, Jeffisten Jeffrin, serta Zac Adler Marius masing-masing merangkul dua pingat emas untuk acara Kumite dan Kata individu bagi kategori 12 dan 13 tahun.

Empat lagi atlet mereka iaitu Zanna Mae Marius, Zoe Moniesha Masrius, Sierra Dyanne Lorimer serta Daniel Henry Saimpon juga masing-masing memenangi dua pingat emas bagi acara sama untuk kategori 10 dan 11 tahun manakala Calantha Caniera turut tidak ketinggalan meraih dua pingat emas bagi kategori 8 dan 9 tahun.

Sementara itu Calantha turut menggembirakan kontinjen SKA Penampang apabila meraih emas dalam International Open Events bagi acara Kata dan perak bagi acara Kumite.

Persaingan dalam International Open Events turut menyaksikan Zanna masing-masing meraih perak dan gangsa bagi acara Kata berpasukan serta Kumite, Danial membawa pulang dua pingat gangsa bagi acara Kumite dan Kata berpasukan manakala Sierra meraih satu gangsa menerusi acara Kata berpasukan.

Lain-lain pingat yang dimenangi skuad SKA Penampang ialah pingat perak bagi acara Kata berpasukan meneruai Zoe (11 dan 12 tahun), pingat gangsa bagi acara Kumite U45 nenerusi Aiden dan masing-masing pingat gangsa menerusi Jeffisten serta Zac bagi acara Kata berpasukan dan Kumite.

Kontinjen SKA Penampang itu diketuai jurulatih, Sensei Grace Tiwon.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular