HomeSukanNelson Chui pecah rekod kebangsaan di SBD X Hansu National Powerlifting Championship...

Nelson Chui pecah rekod kebangsaan di SBD X Hansu National Powerlifting Championship 2024

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Atlet Powerlifting negara dari Sabah, Nelson chui meraih pingat emas sekali gus memecah rekod kebangsaan dalam acara disiplin ‘squat’ bagi kategori Men Open, 120+kilogram (kg), SBD X Hansu National Powerlifting Championship 2024 yang berlangsung di Da Men Hall, Subang Jaya pada 24 hingga 26 Mei 2024.

Nelson berkata, beliau membuat persediaan untuk kejohanan ini selama lima bulan selepas penyertaan terakhirnya di Johor pada Oktober 2023.

“Sebagai persiapan menghadapi perlawanan tersebut agak mencabar kerana kekangan masa kerja dan masalah kesihatan disebabkan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.

“Namun saya bernasib baik dalam perlawanan ini, saya satu-satunya peserta dalam kategori saya kerana pesaing saya yang lain mengalami kecederaan jadi mereka menarik diri daripada pertandingan ini.

“Saya berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara disiplin ‘squat’ bagi kategori Men Open, 120+kg sebanyak 0.5kg lebih berat daripada rekod sebelumnya 305.5kg, saya berjaya squat 306kg.

Aksi Nelson memecah rekod kebangsaan dalam acara ‘squat’ kategori Men Open, 120+kg. – Foto ihsan Nelson Chui

“Saya sangat gembira dengan pencapaian itu bukan sahaja berjaya merangkul pingat emas dalam kategori tersebut tetapi memecahkan rekod kebangsaan,” kongsinya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Dalam pada itu, bagi disiplin ‘bench press’, Nelson tidak berjaya mengalahkan rekod beliau sebelumnya iaitu 180kg, percubaan 182.5kg tetapi tidak berjaya mengangkatnya sebaliknya hanya mampu mengangkat 175kg.

Manakala untuk disiplin ‘deadlift’ Nelson hanya mampu mengangkat 290kg namun tidak mencuba rekod kebangsaan kerana sudah terlalu penat.

Secara keseluruhannya beliau berjaya mengatasi jumlah sebelum ini sebanyak 11 kg menjadikan 771kg angkatan.

“Sebelum ini ialah 760kg, sasaran saya seterusnya adalah cuba untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam disiplin ‘deadlift’ dan melakukan lebih baik daripada perlawanan ini,” katanya.

Para peserta yang menyertai kejohanan itu antaranya dari negeri Sabah, Sarawak, Johor, Kuala Lumpur, W.P Labuan, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

RELATED ARTICLES
Utama

SMM ambil tindakan undang-undang susulan salah laku bekas CEO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular