HomeUtamaMUIS Holdings Sdn Bhd buka pejabat operasi di Semenanjung

MUIS Holdings Sdn Bhd buka pejabat operasi di Semenanjung

Read Time:1 Minute, 41 Second

Shah Alam : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melebarkan sayap perniagaan ke Semenanjung menerusi pembukaan pejabat operasi anak syarikat iaitu MUIS Holdings Sdn Bhd.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pejabat operasi itu merupakan yang kedua berada di Semenanjung selepas MUIS Travel & Tours Sdn Bhd  dibuka di Ampang 3 Towers sebelum ini.

“Hari ini (kelmarin) saya hadir merasmikan pejabat MUIS Holdings di Selangor khususnya di Shah Alam.  Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada MUIS kerana melangkah setapak lagi dalam memajukan ekonomi khususnya untuk MUIS.

“MUIS Holdings ini adalah antara anak syarikat MUIS induk yang berjaya dan saya harap dengan adanya pejabat ini, ianya akan memudahkan masyatakat atau syarikat berurusan dengan MUIS itu sendiri selain dapat menambah keuntungan untuk MUIS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan pejabat operasi itu di sini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah turut merakamkan ucapan tahniah kepada MUIS atas pencapaian cemerlang termasuk dalam pengurusan dan pentadbiran.

“Ini dapat dilihat melalui pengiktirafan Sijil Pengiktirafan MS ISO 9001:2015; Pengiktirafan oleh Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan Negeri di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang mengklasifikasikan prestasi kewangan MUIS sebagai Bertaraf A.

“Selain itu, empat kali berturut-turut mendapat Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara dan InsyaAllah, pada bulan Julai ini, pengauditan untuk mendapatkan Sijil Pengiktirafan MS ISO 37001:2016 akan dilaksanakan oleh SIRIM untuk Anti-Bribery Management System (ABMS). 

“Saya doakan MUIS akan memperolehi pengiktirafan ISO ini, di mana SPRM merupakan Scheme Owner bagi badan pensijilannya,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin turut merakamkan ucapan tahniah atas peningkatan pendapatan anak syarikat yang meningkat sebanyak 300 peratus di tahun kedua pengaktifannya.

Katanya, peningkatan itu adalah daripada RM2.2 juta melonjak kepada RM6.5 juta pada tahun lalu. 

“Saya doakan semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang, anak syarikat ini akan memberikan pulangan serta dividen yang lebih besar kepada MUIS dan Kerajaan Negeri, serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, terutamanya untuk masyarakat setempat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular