HomePolitikPH Sabah fokus beri khidmat pada rakyat, nafi bincang pasal kerusi -...

PH Sabah fokus beri khidmat pada rakyat, nafi bincang pasal kerusi – Chrisitina

Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah tidak pernah berbincang mengenai pengagihan kerusi calon, namun komited dan fokus beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini, kata pengerusinya, Datuk Christina Liew.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sejauh mana perbincangan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH mengenai pengagihan kerusi calon yang akan bertanding di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Mengulas lanjut, Christina berkata perkara itu belum pernah dibincangkan oleh kedua-dua pihak setakat ini.

“Kita belum sampai ke tahap itu sekarang, kita akan berbincang dengan PH terlebih dahulu barulah kita bercakap mengenainya, namun kita tidakpun memikirkannya, adalah menjadi tumpuan kita sekarang ialah yang pertama terus menyokong kerajaan sedia ada, kedua fokus kita adalah membantu rakyat di negeri ini.

“Malah kami juga tidak membincangkan topik ini buat masa ini, belum lagi habis kita berkhidmat kepada rakyat kamu sudah bercakap pasal kerusi? Jadi saya nafikannya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa PH Sabah belum pernah membincangkan perkara itu lagi selain fokus membantu rakyat.

“Saya menegaskan sekali lagi PH Sabah belum pernah berbincang mengenai pengagihan kerusi kepada mana-mana pihak, justeru kita sekarang hanya memfokuskan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, sebagai seorang YB (wakil rakyat) menerusi pusat-pusat khidmat kawasan-kawasan kami.

“Kami juga menyokong penuh kerajaan negeri dan persekutuan kerana kami percaya mereka telah bekerja keras untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri ini.

“Selain pembangunan, kita juga memerlukan kestabilan politik, sekali lagi saya menegaskan, malah kami tidak pun membincangkan mengenai topik (kerusi) tersebut dalam mesyuarat PH Sabah baru-baru ini yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Bukan masanya bercakap mengenai perkara itu,” tegasnya.

Ditanya mengenai isu tuntutan kerajaan Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri, Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata pihaknya turut sama berjuang untuk menuntut hak-hak rakyat Sabah dan yakin isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kita yakin perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin, kita sangat yakin kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan akan menyelesaikan isu ini.

“Kita ada alternatif, kita mungkin melakukan cara yang berbeza tetapi objektif kita adalah sama untuk memperjuangkan hak kita untuk menuntut 40 peratus hasil untuk rakyat Sabah. Jadi kita tetap pertahankannya,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular