HomeIsu tempatanPPSS jayakan program ibadah korban Aidiladha ini

PPSS jayakan program ibadah korban Aidiladha ini

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Peranakan Suluk Sabah (PPSS) akan turut menjayakan Program Ibadah Korban Peringkat Taman Aman Jaya pada sambutan Aidiladha bulan depan.

Pengerusi PPSS D. Lakson D. Majindi berkata, program tersebut bakal diadakan di Masjid Nurul Aman di Taman Aman Jaya, Lahad Datu dengan kerjasama jawatankuasa masjid serta penduduk setempat.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan menyertai program korban sempena Hari Raya Aidiladha di Lahad Datu jadi PPSS ini turut sama menjayakan program ini di Masjid Nurul Aman,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di sini

Lakson berkata, ekoran kekangan peruntukan, PPSS kini berhasrat untuk menyusun semula aktiviti serta program berdasarkan nasihat dan pandangan daripada Tun Juhar selaku penaung kepada persatuan terbabit.

“Kunjungan hari ini adalah untuk silaturahim dengan Tuan Yang Terutama Tun kerana beliau adalah penaung persatuan ini dan kami juga berbincang tentang hala tuju persatuan.

“Antaranya, kami memohon bantuan sebidang tanah untuk dewan PPSS dan membina sebuah masjid yang belum ditentukan lokasinya.

“Sebelum ini banyak aktiviti yang telah dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan ekoran pandemik COVID-19.

“Walau bagaimanapun, kita tetap menjalankan aktiviti berskala kecil dalam kalangan ahli sahaja sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lalu,” katanya.

Katanya, PPSS yang ditubuhkan sejak tahun 2012, kini dianggotai kira-kira 2,000 orang ahli seluruh Malaysia antaranya di Johor, Melaka, Perak dan sebagainya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular