HomeUtamaPETRONAS santuni penduduk di Pulau Banggi sempena ulang tahun ke-50

PETRONAS santuni penduduk di Pulau Banggi sempena ulang tahun ke-50

Read Time:1 Minute, 44 Second

KUDAT: Sempena ulang tahunnya yang ke-50, kakitangan dan sukarelawan PETRONAS kembali ke Pulau Banggi di sini baru-baru ini dalam satu majlis kesyukuran bersama penduduk di tiga buah kampung yang kini menikmati bekalan elektrik hasil sumbangan sistem tenaga solar tahun lepas.

Pemasangan sistem berkenaan di 140 buah rumah dan tiga buah surau merupakan inisiatif PETRONAS Floating LNG (PFLNG) di bawah program Memacu Kehidupan, dan memberi manfaat kepada 700 penduduk di Kampung Dogoton, Kampung Semayan, dan Kampung Rahmat.

Ketua Kampung Dogoton, Dahim Saludin berkata sejak tahun lepas, kehidupan mereka telah banyak berubah dengan adanya bekalan elektrik dari sistem tenaga solar yang disumbangkan oleh PETRONAS.

“Sebelum ini, kami terpaksa bergantung kepada lampu pelita manakala bagi yang mampu, mereka membeli set penjana elektrik. Melalui sumbangan oleh PETRONAS, penduduk kampung kini boleh menikmati bekalan elektrik yang stabil,” katanya.

Manakala seorang penduduk, Mimih Jabarul yang menetap di kampung sama berkata dengan sumbangan tersebut kehidupan mereka kini lebih selesa.

“Kini kami boleh tidur dengan lebih lena. Kami juga berasa lebih selamat untuk berjalan di luar pada waktu malam kerana keadaan jalan yang terang.

Ketua Kampung Rahmat, Amilyuddin Salibin berkata pelajar di kampung itu juga kini lebih bersemangat untuk belajar, sekali gus meningkatkan prestasi akademik mereka.

“Sebelum ini, kami hidup dalam kegelapan memandangkan penjana elektrik hanya boleh digunakan selama tiga jam, namun dengan adanya tenaga solar ini, saya boleh bekerja pada waktu malam dan ini telah membantu saya dalam peranan saya sebagai ketua kampung,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata pihaknya berbesar hati dapat membantu di ketiga-tiga kampung tersebut.

“Kami amat berbesar hati dapat membantu memudahkan kehidupan penduduk di ketiga-tiga kampung ini, sebagai sebahagian daripada program impak sosial kami,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Acara kemuncak pada majlis itu menyaksikan penyalaan obor peringatan ulang tahun PETRONAS ke-50.

Ia merupakan satu daripada dua obor “Journey of the Twin Torches” yang dibawa menjelajah ke pelbagai lokasi dan acara yang signifikan dalam legasi PETRONAS sebelum disatukan pada dalam sambutan ulang tahun PETRONAS ke-50 di Kuala Lumpur pada 17 Ogos.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular