HomeIsu tempatanOps Tiris : KPDN Labuan rampas 80,000 liter diesel

Ops Tiris : KPDN Labuan rampas 80,000 liter diesel

Read Time:1 Minute, 24 Second

Labuan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan berjaya merampas sebanyak 80,000 liter minyak disyaki diesel dipercayai cuba untuk diseleweng dalam operasi di Jeti Jalan Merdeka, di sini, semalam.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata, minyak diesel yang ditemui itu disimpan di dalam empat buah tangki di atas sebuah kapal dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM320,000.

Katanya, operasi serbuan ‘Op Tiris’ itu dijalankan kira-kira jam 11 pagi.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun yang dipercayai krew kapal berkenaan ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana mengalih barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Junaidah berkata, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta.

Katanya, bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Junaidah berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di wilayah ini agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui beberapa saluran aduan yang disediakan.  SABAH MEDIA / FOTO KPDN LABUAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular