HomeUtamaSekretariat Perhimpunan #KamiMahuAir diingatkan bertindak secara rasional

Sekretariat Perhimpunan #KamiMahuAir diingatkan bertindak secara rasional

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud mahu Sekretariat Perhimpunan Mahasiswa yang berhasrat untuk menganjurkan Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah agar dapat bertindak secara rasional.

Beliau juga mahu mahasiswa terlibat menghargai usaha yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam menangani isu bekalan air di UMS.

“Saya menyeru kepada Sekretariat Perhimpunan Mahasiswa agar dapat menyertai lawatan saya bagi meninjau status Projek Telaga Tiub di sekitar kampus (UMS) pada Ahad ini sekitar jam 8 pagi.

“Diharap mereka dapat mendengar dan  melihat sendiri perkembangan projek-projek tersebut dan bertindak secara rasional serta menghargai usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri, KPT dan UMS dalam menyediakan bekalan air alternatif untuk menampung keperluan pelajar-pelajar di kampus UMS,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata demikian bagi mengulas mengenai penganjuran Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada 14 Jun ini di hadapan Menara Kinabalu.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor dalam kenyataan sebelum ini menegaskan pendirian universiti tidak menyokong sebarang tindakan atau usaha dilakukan mana-mana kumpulan pelajarnya yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air atau apa saja isu di Sabah.

Katanya, universiti itu pada dasarnya tidak membenarkan sebarang aktiviti yang boleh mewujudkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap ketenteraman awam. 

“UMS tidak pernah menggalakkan pelajarnya untuk mengadakan perhimpunan atau aktiviti di tempat awam yang tidak mendapat permohonan dan kebenaran daripada pihak berkuasa. 

“Pihak universiti percaya sebarang isu boleh disuarakan mengikut prosedur dan saluran yang betul tanpa perlu mengambil tindakan secara membuta tuli,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular