HomeIsu tempatanMIDE Sabah komited budayakan integriti dalam kalangan kakitangan

MIDE Sabah komited budayakan integriti dalam kalangan kakitangan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah sentiasa komited untuk membudayakan dan mengukuhkan lagi integriti dalam kalangan kakitangan termasuk agensi dibawah seliaan.

Menterinya Datuk Phoong Jin Zhe berkata, ia adalah melalui pemerkasaan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan dengan Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA).

Katanya ia termasuklah meletakkan hebahan integriti di ruang pejabat, mempromosikan sistem I-Adu, mengadakan ceramah pengukuhan antirasuah, dan lain-lain lagi

“Melalui pelaksanaan inisiatif GIA, diharapkan agar dapat melahirkan warga kerja yang lebih efisien, produktif dan beretika serta mampu memastikan peraturan dan dasar yang ditetapkan dipatuhi.

“Saya juga amat yakin, program-program yang disusun atur sepanjang Minggu Integriti tahun 2024 ini akan dapat memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan kepada warga kementerian dan agensi tentang kepentingan amalan integriti melalui inisiatif GIA,” katanya.

Beliau berkata demikian apda majlis perasmian Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan bersama Jabatan, Agensi di bawah seliaan 2024 di sini semalam.

Teks ucapan dibacakan pembantunya Datuk Andi Suryadi Bandi.

Jin Zhe berkata, beliau turut berharap program Minggu Integriti itu akan dapat menerapkan lagi nilai integriti dan etika kerja yang unggul di kalangan warga kementerian dan agensi, sekaligus meningkatkan imej penjawat awam pada pandangan masyarakat.

Dalam pada itu, Jin Zhe berkata, sebanyak empat objektif utama pelaksanaan Minggu Integriti Kementerian yang diadakan seperti memantapkan dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh, berkesan dan berterusan.

Selain itu katanya, program itu juga dapat meningkatkan lagi kesedaran serta kefahaman berkaitan isu-isu integriti dalam kalangan penjawat awam negeri.

“Memperkukuhkan komitmen dan kerjasama sektor awam dalam meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program-program pengukuhan integriti.

“Dan ia juga dapat menyebar luas mesej-mesej integriti dan kepentingan integriti dalam penyampaian perkhidmatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular