HomeUtamaSetiausaha digesa beri khidmat cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi - Roslina

Setiausaha digesa beri khidmat cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi – Roslina

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Semua Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SSS) digesa untuk memberikan perkhidmatan kesetiausahaan dengan cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya lebih teratur.

Pengerusinya, Rosalind @ Roslina Bumpin berkata, ini adalah untuk memastikan proses kerja sebagai Setiausaha memenuhi standard yang berkualiti selain bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat berjalan lancar.

“Setiausaha juga merupakan cerminan sesebuah pejabat, kerana kitalah yang berada di hadapan membantu majikan (boss) kita dalam memberi penerangan maklumat korporat dan khidmat nasihat umum kepada pelanggan, berperwatakan mesra pelanggan, ceria, peramah, berbudi bahasa, menghormati tetamu atau palanggan, berintegriti dan akauntablti,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di sini pada Sabtu (1 Jun).

Majlis Makan Malam yang julung kali diadakan sejak penubuhan persatuan itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Rosaline Oliver, semua Ahli Jawatankuasa dan ahli SSS dari seluruh jabatan kerajaan.

Roslina berkata, majlis seumpama ini diharap akan memberi peluang kepada semua ahli untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim diantara mereka.

“Secara tidak langsung, ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk kita mengeratkan semangat perpaduan dan kekitaan serta mewujudkan perasaan saling memahami, menghormati dan menghargai erti persahabatan dan lebih-lebih lagi dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas sebagai Setiausaha.

“Malah yang lebih penting kefahaman dan kerjasama menjadi tunjang kekuatan untuk kita lebih maju ke hadapan dalam menghadapi sebarang situasi semasa menjalankan tugas yang mana kita sering berhadapan dengan pelbagai ragam dan sifat pelanggan ataupun pegawai atasan,” katanya.

Menurutnya, Setiausaha juga harus memahami etiket dan protokol serta bertindak sebagai pegawai perhubungan semasa kehadiran tetamu di pejabat.

“Selain itu, Setiausaha juga harus melayan dengan baik semua tetamu, pelanggan dan rakan kerja yang datang berurusan di pejabat walaupun kadang kala tanpa temujanji.

“Masalah di rumah tidak seharusnya di bawa ke pejabat, tinggalkan sebenar masalah tersebut agar kita dapat fokus dalam menjalankan tanggungjawab kita di pejabat,” tegasnya.

Tambah Roslina, untuk Setiausaha yang senior juga hendaklah memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional serta menyelia setiausaha baru dalam teknik membuat keputusan, mengatasi permasalahan dan peningkatan kemahiran, menerapkan budaya pembelajaran berterusan melalui perbincangan, perkongsian ilmu dan pengalaman.

“Manakala Setiausaha junior pula jangan segan untuk meminta bantuan dan tunjuk ajar.

“Keakraban antara Setiausaha Senior dan Junior dapat mengajar kita erti perkongsian kegembiraan serta mengeratkan hubungan yang sedia ada terjalin dan memperbaharui ukhuwah sesama kita,” ujarnya.

Setakat ini seramai 92 orang keahlian menyertai persatuan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular